Novel Terpakai @ Secondhand

Kalau korang masih ingat yang aku penah cakap dulu yang aku akan buat special entry untuk novel lovers yang nak tau macam mana nak dapatkan novel murah ni. Aku tau korang tak ingat aka tak tau pun kan sebab korang tak baca pun kan. Takpe takpe ni aku refresh balik. Korang leh baca kat sini tau.

Dulu memang aku beli novel  baru terbaik dari ladang, tetapi sekarang tidak lagi, semenjak aku tau kewujudan blog-blog yang jual novel terpakai ni  terus aku tinggalkan novel dari ladang tu. Selamat Jalan -tu la ko novel jual mahal sangat kan dah kena tinggal.

Kat bawah ni aku sertakan link-link blogs yang ada jual novel 2hand ni

pic cr to novelterpakaidanmurah


pic cr to koleksinoveluntukdijual


pic cr to kemaruknovel

pic cr to mybizsantaishop
pic cr to books-2u

Ni antara contoh-contoh blogshop novel terpakai je la. Kalau korang nak tengok lagiiiiiiiii banyak, korang leh cari kat side bar blog aku. Alaa bawah title novel murah kt cni. Ha dah nampak lum. Kalau korang tak nampak lagi tu maknanya tak lama la tu.  Tak lama lagi la tu nak pakai spec. Apa korang fikir ha tak baik tau.

Ni pulak aku letakkan antara novel yang aku beli dari blogshop yang jual novel terpakai ni. Setakat ni yang aku beli semua nya tip top, leh bagi 4 bintang la. Ye laa 4 bintang cukup la kan, Karang aku bagi 5 bintang, novel-novel yang terbaik dari ladang tu tak puas hati lak nanti kan.



Ha terbaik kan, aku tak tipu nye

kata hati : bile nak start bace novel balik ni noa oiii
kata noa : emmm Sabtu ni ar
kata hati : yeye je kan
kata noa : huahuahuahuahua yg penting jawapan kena confident kot

nota hari ini;

(1) Membaca itu jambatan ilmu 
(aku pun tak paham nape kite kena ada jambatan dulu baru dapat ilmu, korang faham tak? kalau korang faham tolong xplain kat aku sat)


12 comments:

MIMIE AIZA said...

waaa... best2.. kene tegok ni. mimie suke baca novel ;)

she said...

eh sama la kiterrr. salu bli novel 2nd jek. nak2 novel omputih yg gabakkk mahaii. :D

noa said...

mimie : noa gile baca novel ~ dulu ar hehhehe, skang dah normal ckit tak gila dah, hehhehe

noa said...

she : kan kan kan, boleh ar wat club kita pas ni

ahmad endo said...

komik terpakailah baru best...ada gambar2...hehehe

noa said...

ahmad : komik ek, dah lama dh tinggalkan dunia komik ~ selamat jalan dunia pondan eheh dunia komik ar =p ~

Anonymous said...

ouh rupanya.bawu tau..hee~
t x yah r beli y bawu dh.wee2

Novel & Etc.. said...

Salam Noa..Lame x merayap masuk blog ke blog..almaklum..kdg2 tenet slow bebeno..
Tetibe tadi gi google nk crk novel lame lak.. jalan punye jalan jumpe blog Cik Noa ni..hehe..

Terharu & rase cam teruje gak sbb cik noa sudi letak link Mybizsantaishop sbg blogshop nvl.. suke..suke..suke ^___^

1000 times tenkiu cik noa lalink ;) ...

Klu ade lg novel terpakai akk Mybizsantaishop akn upload kt blog ye...

Unknown said...

Nak beli komik terpakai atau novel terpakai? Harga banyak discount. :D Email kpd nzmz.1998@gmail.com. :)

Unknown said...

Nak beli novel terpakai atau komik terpkai? Emel kan kpd nzmz.1998@gmail.com. :)

Unknown said...

Nak beli novel terpakai atau komik terpakai? Emelkan kpd nzmz.1998@gmail.com. :)

koleksi peribadi said...

salam..

saya jual novel terpakai daripada koleksi peribadi. blog saya, blogmerpati.blogspot.com . kalau berminat, boleh email saya di jualkoleksiperibadi@gmail.com

tq..