Aku Ungu! korang??

Aku Ungu...korang pulak warna apa. Betul...korang cuba tengok pic kat bawah ni, haa kan dah cakap aku ungu


Oooo aku tak bagitau lagi ek kat korang ape mende kat atas ni. Kat atas ni ialah tarikh lahir dan kod warna yang mengambarkan diri korang. Aku lahir satu haribulan October, sooo automatic aku warna ungu ar kan. Kalau korang nak tau korang warna apa, korang check it out kat blog teddyuna. Cepat-cepat g check pastu datang sini balik share ngan aku korang warna apa tau.

Ciri-ciri orang Ungu ni adalah seperti dibawah (tetiba cam ayat soalan exam je ayat aku ni)


Seperti yang ditulis kat atas, aku copy balik je, sebab aku malas tulis (aku dh mitak permission arr ;p)
...............................................
Amboi! Kamu ini gadis misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.

Aku cakap: korang...walaupun aku misteri tapi tak bermakna aku ni pembunuh misteri tau, so korang tak payah ar takut- takut nak mendekati aku. Aku tak makan orang arrr betul....
...............................................
Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain
Aku cakap : ini tak bermaksud yang aku ni magnet atau juga di kenali sebagai besi berani tau
 ...................................................
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu.
Aku cakap : aku memang penting kan korang, so korang jangan pengaruh aku buat perkara-perkara yang tak baik tau, korang sayang aku kannnn
...............................................
Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya
  Aku cakap : Alaaa bukan susah sangat pun korang nak bagi mood aku happy all the time, korang belanja je aku makan tiap-tiap hari 3 kali seari, conform mood aku ok nye lah 
...............................................

Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka
Aku cakap : OoEmmGii aku mata duitan??  Apsal aku tak sedar pun selama ni nih??

Lakonan Semula: Aku Terkejut lepas dapat tau aku ni Mata Duitan rupanye, Oh! Man...
...............................................
Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi
 Aku cakap : Fuhhh sib baik ada penyataan last ni. Tak rugi woh kalau korang kenal dengan aku. So ada sesapa nak kenal ngan aku tak? nanti aku email borang keahlian FanClub aku tau. Yuran bulanan RM50inggit setiap bulan (ni tak kira sebagai Mata Duitan arr, ni duit...em...ni duit...ha ni duit untuk buat aktiviti club je tau ;p)



nota harini:
1. sumber article adalah dari blog http://teddyunawakaka.blogspot.com, klau nak tau mana dia tau pasal bende ni, korang p ar roger dia ek

Malaysia Boleh!

Yes! yes! yes! akhirnyaaa. Fuhhh berkat usaha aku selama 6jam++ akhirnya aku berjaya gak menggotong-royong kan diri aku. Sebelum aku cerita apa aku dah buat arini, aku nak tunjuk sikit ar, Budak Cube aku yang Ketua Kebersihan aku kata bersepah sangat tu kan. Korang tengok ar sendiri, manede bersepah pun

PERHATIAN : walaupun nama aku senget tapi aku tak senget haa
Ni ARCA seni aku , hanya orang seni je mengenal seni.....
Aku simpan paper2 lama tu sebab aku ENVIRONMENTAL FRIENDLY okkkk

Kan kan kan betul kan aku cakap, manede bersepah pun. Korang...korang sokong aku ke korang sokong Ketua Kebersihan aku ni??? Tapi...nak wat camne kan, kata pun Ketua so aku kena ikut gak ar cakap dia;

"I'M STRAIGHT I'M NOT GAY"
Aku dah tukar ARCA aku jadi simple sikit, bg org bukan seni senang faham..
Uwaaaaaa T_T aku dah tak jadi Environmental Friendly dahhhhh

Korang nak tau tak aku ngan kawan aku jadi BADANG arini. Serius tak tipu punya. Nak tau tak aku buat apa? Korang senyap je tu maksudnya korang nak tau ar tu kan kan kan. Aku angat kotak korang, kagum tak kagum tak


Ni lah kotak tu, but korang kena time 3. Banyak kaannn. Nak buat camne...unit aku takde lelaki semua perempaun. Pastu yang lain2 keadaan tak mengizinkan nak angkat benda berat, so aku & kawan aku je la yang MUDA BELIA (ter caps lock la pulak ;p) terpakse ngangkat semua tu.

PESANAN PENAJA:
Kepada semua Lelaki, korang tolong lah apply kerja kat bahagian Akaun/Kewangan, nanti korang leh jadi Tukang Angkat Kotak tuk kaum wanita. Menarik kan, aplly tau jangan tak apply.

Korang...noa nak mintak tolong sikit arrrr, boleh tak? Boleh tak korang buat "Tabung Spa Untuk Noa" Tolong arrr...korang collect ar sorang singgit, pastu korang belikan baucar Spa untuk noa, pastu korang cakap ar kat noa "Surprise!!!" pastu noa mesti Happy. Pastu korang pun mesti happy gak sebab korang kan suka tengok noa happy.

Bukan Lakonan Semula, ni Betul Betul Kejadian : Badan noa dah start rasa lenguh-lenguh ar, mencii


fighting!!!!

Arini aku nak buat sejarah dalam Budak Blog aku, aku nak buat entry yang paling cepat aku pernah buat. Sebelum tu aku nak bagitau korang yang hari aku tak sempurna harini sebab aku tak dapat lepak kat Budak Blog korang. Arghhhh tell me whyyyyy???

Why??? because harini hari gotong royong kat office aku. Ketua Kebersihan cum Ketua Keceriaan kat office aku dah bising ngan aku semalam sebab tempat aku bersepah sangat. Manede bersepah dangat pun sebenarnya lallalala ;p 

Alaa aku sebenarnya nak tunjuk kat korang gambar before an after tapi....lupa bawa wayar ke cabel camera (aku tak tau ape nama dia ;p) Takpe2 mlm karang aku update ek


Recycle : Aza! aza! fighting!!

  Ada sapa2 nak tolong kemas kan tempat aku tak lalalallala =p

Kisah Cinta yg Buat Aku Rasa BEsalah

Lakonan Semula : rambut terpaksa di serabutkan utk menunjukkan yg aku benar-benar rasa bersalah (ada kene mengena ke??)
..................................................................................................................................................
(part one)Hidup aku kembali normal, sehinggalah satu hari tu kawan Adam call aku..... 

Kawan Adam : Nora! apa kau dah buat dekat Adam ha!!
 
Aku                : Ape....noa buat ape.... 
                      (time ni aku tekejut gile, 1st time kena tengking kot)

Kawan Adam : Kau tahu tak Adam dah 3 hari tak sedar kan diri, hari ni dia sedar 
                      meracau-racau panggil nama kau. Kalau kau manusia ada hati 
                      dan perasaan kau datang tengok dia! 
 
Aku                : .......................
 
 
Aku senyap..........aku tak tau nak cakap apa. Aku tahu aku manusia, aku tahu aku ada hati dan aku jugak tahu yang aku ada perasaan. Kejam sangat ke apa yang aku buat ni??? Aku takut sebab tu aku tak pergi pun melawat dia....
 
Esok kat sekolah ada budak class aku yang pergi melawat dia. Budak class aku bagitahu memang betul dia tak sedar diri 3 hari sebab over dose.Orang kata dia telan pill (korang jangan nak ngengada tanya pill apa, aku tak tau ;p) Aku ngadu kat members aku yang aku takut, aku rasa bersalah sangat. Pastu diorang suruh aku chill, diorang cakap:
 
"bukan salah nora pun, ntah-ntah dia saja nak try benda tu, pastu konon2 sebab frust ngan nora, blah la, lagipun diakan memang budak nakal!"

Aku memang cepat terpengaruh je, so aku pun chill ar rilex sudah. Tapi....tu kat depan diorang je. Bila aku sorang-sorang sometimes rasa bersalah tu datang jugak. Aku dah halau banyak kali, tapi...perasaan bersalah tu terhegeh-hegeh gak nak berkepit dengan aku. Arghhhhh

Aku ingatkan after seminggu dia sakit tu, aku dapat jumpa dia balik kat sekolah. Tapi.......dia dah tak muncul-muncul lagi. Yap hampir sebulan (kalau aku tak silap) dia tak datang sekolah. Aku ada dengar yang....yang mungkin dia akan diberhentikan. Aku tak tau kenapa aku still nak ambil tahu pasal dia, mungkin kerana perasaan bersalah...mungkin...
 
 .....................pendekkan cerita: sehari sebelum SPM.............................

iklan sat ~ member aku (miza) boyfriend dia satu class ngan Adam and merangkap kawan baik Adam, so sebab tu aku tau cerita terkini pasal Adam ~ ok abis dah iklan sambung lik cerita ;p
 
Member aku Miza bagitau kat aku yang Adam tak kan ambil exam SPM. Seriously aku tak tahu dengan perasaan aku sendiri. Kenapa aku nak rasa sedih lak kalau dia tak nak ambil SPM, lantak p ar kat dia, bukan ada kena mengena dengan aku pun. Ni yang sepatutnya aku fikir. Tapi tak! bukan ni yang aku fikir. Apa yang aku fikir Aku rasa bersalah sangat.....

..................hari exam SPM....................
 
Gila korang aku nak fikir pasal dia jek, baik aku fikir pasal paper BM aku lagi best lalalla (aku tipu, aku fikir pasal dia gak sebenarnya, sikit, aku fikir yang aku harap dia seat for SPM tu je)  Pagi tu sebelum masuk dewan aku nampak kawan-kawan dia, aku pandang....tapi.....aku tak nampak dia.....
 
Keluar dewan.....aku rasa macam ada sesuatu....Aku toleh kiri....and.....aku nampak Adam. Dia senyum.... aku senyum...... 
 
..........................the end...........................

Aku nak bagitau kat korang ni yang aku dah lenguh pinggang arrr. Semua orang dah puas ati kan dengan "Kisah Cinta Yang Buat Aku Rasa BErsalah kat Budak Adam (bukan nama sebenar)" ni kan. Ada lagi sebenarnya cerita pasal Adam ni after SPM, tapi dah lawak ar, takde dah aku rasa Bersalah ni semua. Sooo nak sambung lagi ke tak ni? 

Cinta kat Salah Orang??

Cinta kat Salah Orang??? no no no. Haaa kalau korang dengar HotFmAmCrew pagi tadi mesti korang tau kan yang ni topic diorang pagi tadi. Cinta kat salah orang ni macam cinta tunang orang ke, cinta suami orang ke, ha camtu la. What?? aku? manede aku tak penah cinta salah orang arr. Cuma time aku dengar topic ni tetiba aku teringat Kisah Cinta Yang Buat Aku Rasa Besalah.

Cerita dia camni, (time tu aku form five tau) member aku sorang ni nama dia Miza (bukan nama sebenar) ngadu kat aku & da geng yang ada budak A nak ngorat boyfriend dia. Dia bengang gila kot tetiba dia petik nama aku suh ngorat mamat yang kawan budak A ni tgh usha nak ngorat. Time tu gak bebudak aku buat surat and bagi kat mamat tu guna nama aku (konon aku yg bg la, korang faham kan ni)

Maka bermulalah ... KISAH CINTA YANG BUAT AKU RASA BERSALAH
Lakonan Semula : I'm sorry, maafkan aku ek, kalau aku dah buat salah kat korang (tetiba felling hari raya ;p)
ASTINA amacam lakonan semula aku, ko kan Cikgu Patimah AF aku )
..........................................................................................................................
Hari aku berjalan cam biasa sampai la aku dah kat umah, tiba-tiba

Aku : siapa ni?
Mamat : Adam (bkn nama sebenar)
Aku : erk, camne dapat no ni??
Mamat : kan tadi dalam surat....

Tu la first time Adam call aku, aku layan dia borak macam biasa. Aku ingat pesan member aku, diorang pesan "noa layan je dia, tapi dalam telefon je, nak jumpa..jumpa kat sekolah je x yah kat luar, kalau dia ajak couple-jangan cakap nak tau!" 

Yap betul cakap kawan aku, ada satu ari tu dia propose aku jadi couple dia. Aku dah bagi macam-macam alasan kot, tapi budak Adam ni gila. Gila sampai tahap boleh tunggu kat luar kelas aku setiap hari (tapi takde ar setiap masa, agak2 ar kan ;p) 

Aku tak mention kat korang lagi kan yang Adam ni Badboy kat sekolah aku. Aku dah tak tau nak stop kan bende gila ni, so aku letak satu syarat kat dia. Kalau dia serius nak aku dia kena berubah. Aku bagi dia tempoh 1bulan, dlm tempoh tu kalau dia ada buat kes kat sekolah, dia tak boleh cari aku lagi enough fullstop!

Iklan sat tau =p ~even Adam ni category badboy tapi dia tak penah bad dengan aku. Dia tak penah nak amik kesempatan terpegang tangan ke and even time jalan sebelah aku pun dia akan buat space kat tengah kitorang, takde ar dia nak gesel2 bahu ke hape. And yang paling aku kagum skali dia berani datang rumah aku mintak permission nak bawak aku keluar siap hantar aku balik ontime lagi pukul 6~ok habis dah iklan =p 

Aku sambung balik cerita
...........................dalam tempoh sebulan tu...........................

Aku rasa makin cuak, sebab Adam tak buat apa-apa kes lagi, arghhh aku tak mau dia hantui hidup aku lagi. Satu hari tu....aku tak tau kenapa aku tergerak hati nak lalu kat corridor depan office Pengetua, dan....aku nampak Adam dalam office tu, mungkin dia terasa ada orang pandang dia, dia toleh kat arah aku, aku pandang dia, dia pandang aku...dia tunduk.....aku teruskan berjalan dengan senyuman 

Hari yang sama after class, dia jumpa aku. Dia tunduk...senyap...Satu saat dia angkat muka dia and mata dia tepat pandang muka aku. Aku nampak mata dia berair...(apa aku dah buat??? korangggg ni korang nye pasalllll -jerit kuat2 dlm hati)

...........................beberapa hari kemudian..................................

Hidup aku kembali normal, sehinggalah satu hari tu kawan Adam call aku..... 

Aku...aku rasa...aku rasa macam tanak cerita dah ar, sebab macam dah panjang sangat arr. Korang mesti bosan kan. Soryyyyy sbb buat korang bosan =p Ok da babaiiii ^_^

Alaa...nak cute ckit pun tak leh

Korang...aku nak ngadu lagi ni...aku nak ngadu yang aku terjatuh malu lagi arrr. Aku tak tau pun sebenarnya apa yang aku buat tu tak tercapai dek akalmu (maksudnya tak boleh diterima ar)

Bagi aku, apa yang aku buat tu nampak cantik,sweet.... gitu, lembut je...Betul korang aku tak tipu ni, kalau korang tengok apa yang aku buat tu pun mesti korang setuju ngan aku. Kalau korang tak setuju, maksudnya..... tak lama dah la tu.... tunggu je lah, tunggu je lah aku datang belasah korang huahuahuahua (wei ni aku tipu, korang jangan buat police report lak ;p)

Korang nak tau tak ape aku buat? aku tulis nama atas batu korang baca tau. Tadi kat office, aku buat laporan perbelanjaan untuk meeting pakai warna PINK.


Pastu korang nak tau tak Bos Aku (lelaki) cakap apa
 
" ni terpengaruh dengan Legally Blond ke ape ni" 


Erk.... mak maluuuuuuu (jerit kuat2 dalam hati je) Tapi kat luar hati aku gelak je, konon2 lawak ar kan (padahal malu gile tahap kuasa Ichigo dalam Bleach episod 150)

Alaa...tak kan la Big Big Bos aku yang majoriti Lelaki peringkat umur dalam 50an  tak suka warna pink kot. Manede cute pun color pink kan? Lain la aku letak bunga2 pastu riben sikit kat report aku tu, haaa tu baru ar cute kan? kan? kan?

Kalau korang Big Big Bos aku la kan, korang suka tak report color pink?
(aku tengah pegang kayu baseball kat belakang aku ni)


nota hari ini:
i) semua gambar-gambar diatas dirembat dari Budak Google

Stress Dua Saat

Korang...aku malas gile harini. Ada ke patut aku ingat arini cuti lagi, konon-konon hari Ahad ar. Tu yg semalam aku tak buat entry pun sebab aku ingat hari Sabtu malam Ahad. Adoila sabo je lah. Tadi p office, gagah gile, rasa malas sesangat. Sib baik hari ni hari Jumaat a.k.a hari kerja halfday bagi aku (feeling 1/2day walaupun sebenarnye fullday okay)

Aku rasa cam mamai je sepanjang hari tadi kat office, rasa tak puas hati pun ada. Sebab mind set kata harini cuti tetiba kena kerja, eeeee menyampah i tau. Aku stop cerita ni tadi pastu aku baca balik title yang aku tulis tetiba aku rasa aku dah melalut la pulak.

Sory sory dah lama kot aku tak melalut tu yang rindu nak melalut tu ngehngehngeh ;p Aku nak start cerita ni, korang dengar tau, focus! focus! ( tetiba teringat cerita Mahmood Baginda, kan baru main ari ahad aritu kan- okay aku tau aku melalut lagi)

Lakonan Semula : Aku Stress Dua Saat

Cerita dia macamni....tadi time aku nak balik kerja, aku pun p ar kat parking kereta tempat aku park kereta pagi tadi. Tiba-tiba KERETA AKU TAKDE KAT SITU. Ya Allah, bederau darah naik kat kepala, kaki rasa lemah je, jantung dah dup dap dup dap kalah jantung Khairul Fahmi masa suzukicup aritu, (aku tak tau kenapa aku kena amik contoh jantung Khairul Fahmi, korang tau tak kenapa??)

................... Dua Saat Kemudian....................

Perghhh aku parking kereta aku kat tempat lain la pulak rupa-rupanya. Fuhhh logo Pokcik eh silap silap logo Mokcik (ha baru betul ngehngehngeh ;p) Tamat la sudah cerita Stress Dua Saat dari saya. Sekian, terima kasih.

Aku Stress Dua Saat sebab Budak Kecik ni arrrr

Korang pun mesti pernah Stress Dua Saat gak kan? kan? kan? 
cerita ar cerita ar cerita arrr, noa nak dengar gak

Short and Simple

Kali ni aku nak buat story short and simple. Aku takmo pot pet pot pet panjang-panjang. Ye ar esok cuti Thaipusam kot, takan aku nak memerap kat dalam bilik layan Budak Lappy aku and Budak Blog aku ni je. Ape kes, tak KeiYel langsung.

Aku plan malam ni nak layan Midnight. Ada sape-sape nak follow aku tak?? Jum arr cuti kot esok takan tido awal kot. Allaaa korang ni tak rock langsung malam minggu eh silap malam cuti Thaipusam lepak bilik je. Tak bosan ke hidup camtu?? aisyhhh. Keluar lah dari bilik korang tuh

Lakonan Semula : Aku keluar dulu tau...korang jgn rindu aku lak (kenang daku dalam doamu babai =)

Dah dah aku tanak membebel panjang, aku nak ciow aka aku nak blah dulu dari bilik aku ni. Nak siap-siap nak p layan Midnight. Nak masak air sat, pastu buat air Kopi Janda ke Kopi Kapal Api, penting tu baru mata leh tahan, nak layan Midnight kata. Aku kena cepat ni, nanti tempat duduk cun kena rembat.

Jap jap jap aku ada tanya kan tadi sapa nak follow aku layan Midnight arini kan? sory sory aku lupa ar, aku lupa la pulak nak gi tau korang aku tengok kat mane. Aku tengok Midnight kat ruang tamu kat umah aku je ar ngehngehngeh ;p (ada yang nak folo ke?? jeng jeng jeng)

Sape? Sape? Sape Yang Kena Serang Tu??

Panas Panas aku baru dapat cerita panas ni. Tapi aku rasa macam tanak cerita kat korang je. Aku rasa macam nak jual cerita ni kat beautifulnara . Aku rasa abang Nara nak beli ar, cerita perempuan bergaduh ni, main serang-serang lagi, cerita Hot ni, kalah HotFM ar.

Tadi time aku bukak aku nye Budak Blog, ada orang ngadu kat aku dia kena serang. Betul aku tak tipu...ni betul-betul kejadian ni. Kalau korang tak caya korang tengok ni:
Ha kan kan aku tak tipu kan, Kesian shira rupa-rupanya dia kena serang dengan Anonymous. 

Aku nk cakap lebih pasal si Anon yang suka serang hendap ni pun aku tak tau camne. Sebab si Anon yang datang kat Budak Blog aku ni semuanya Baik-baik, Cantik-cantik, Hensem-hensem, Lawak-lawak, Cool-cool, Smart-smart (Cik/Encik/Tuan/Puan Anonymous u dah rasa sejuk belum ni? i tutup aircond ni dulu ek, kalau tak cukup lagi inform i tau, nanti i tambah aircond lagi tau)

Betul ni, korang baca kat bawah tu, mesti korang rasa apa yang aku rasa (tetiba rasa cm lirik lagu je ayat aku ni, boleh kalah kan Anna Raffali for next AJL nih ~ perasan sebentar bersama kit kat =p)

Bukan Lakonan Semula : i like u la Anonymous (yang lepak kat Budak Blog aku ni je tau)

cik noa ..mate dlam picture tu pandang saye kan ? plss jawap ye ... kalau tak saye demam la. saye pembace stie nih
 babe for your info .. i penah nangis bace novel. i mmg kuat bace buku tak kire la buku ape ,,yang penting bace. tapi yang herannye i tak rabun cam u kakakak. i suke makan buah kot

Ha..kan kan kan baik kan siAnon kat Budak Blog aku nih.

Aku nak buat pengakuan terbuka ni...sebenarnya...Aku lah si Anon yg bloger2 selalu sebut2 tu (jeng jeng jeng) Tapi tu dulu lah sebelum aku ada Budak Blog aku ni. Setiap kali aku masuk blog orang nak baca entry mesti ada orang marah-marah ngan si Anon. Aku stress... Aku tertekan..Aku malu....Walaupun bukan aku siAnon yang dimaksudkan tu, tapi sebab aku pun guna nama tu gak, aku pun tumpang terasa gak ar

(siAnon Kaki Serang kerana ko siAnon Kaki Baca Je terasa tau, auwww tak kuasa i)

Salah Siapa???

Hari ni aku nak buat entry emo, dah lama sebenarnya aku emo pasal benda ni, tapi disebabkan aku baru je ada Budak Blog maka baru skarang aku dapat luahkan keemosian aku ni.

Korang baca tak Harian Metro harini, ala cover page yang tajuk dia "Ibu Suruh Saya Dirogol", mula-mula aku baca......

...“Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,”......

pastu aku sambung lagi.....
 
...."Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,”....

pastu sampai la kat perenggan ni...

..."Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,”...
 
(nak baca keseluruhan cerita click kat sini k)
 
Lakonan Semula: baca surat khabar sambil memikirkan masalah negara

Seingat aku  la setiap kali amik exam tak kira PMR ke SPM ke Peperiksaan Kerajaan ke Interview Kerja ke point wajip aku mengapa terjadinya masalah sosial ni sebab Kurang Didikan Agama. Tapi...bukan tak penah kita baca kat paper Ustaz kena tangkap khalwat ngan student sendiri, yang yang paling latest aku ingat kes hakim mahkamah syariah yang kena tangkap khalwat. Aku rasa golongan-golongan ni dah Lebih Didikan Agama kot. Tapi....(korang sambung la sendiri ek)
 
Tu yang aku baca la kan yang tak conferm pun betul-betul kejadian ke tak. Tapi...aku pernah mengalami sendiri kot, senior kat tempat practical aku dulu, merangkap Pak Imam kat kawasan tempat dia tinggal, merangkap tukang baca doa kat tempat practical aku, korang nak tau apa dia buat?? jeng jeng jeng dia suka gesel-gesel woh. Contoh ar bila dia tetiba nak pinjam pen aku, mesti dia amik sendiri pen tu kat table aku pastu tangan dia buat2 terkena kat tangan aku. Banyak kot siaran ulangan dia buat, takan tak sengaja kot. So aku akan pastikan jarak aku 100m dari dia (ni aku tipu,jarak sebenar aku tak ukur =p)
 
So Macam Mana Tu??
 
Bila kita baca story kat Harian Metro (yg aku tulis kat atas tadi tu la) dia salah kan Ibu dia kan. Kenapa nak salahkan Ibu lak?? masyarakat dah bantu dia, but keluar je dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) takde kerja pastu jadi pelacur pastu salahkan ibu sebab diri jadi pelacur. Minah Indon pun pandai suvive cari kerja kilang takan dia tak leh survive kat negara sendiri kot. Bagi aku selagi diri tu buat salah pastu blame kan kat orang lain, tak mengaku kesalahan sendiri, sampai bila-bila pun diri tu tak akan berubah.
 
Sampai bila nak salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri???  
 
Ok ok aku dah abis emo dah, lalallalalala (nyanyi senang hati bukti aku dah tak emo) Korang, ni from my point of view je tau. Aku nak tau gak pendapat korang (nak pangkah point aku pun boleh sajaaa, i likeee mat rempit =)

Cinta Bagi Saya Adalah...

Saje je pakai balik gambar ni, konon2 cam perempuan melayu terkahir gitu kan, dengan harapan dapat goda judge ngehngehngeh =p

Cinta Bagi Saya adalah...

...magic potion yang terkena kat aku dan menyebabkan aku jadi gila...

-gila hingga tahap boleh senyum sorang-sorang padahal mengadap handphone je kot

-gila hingga tahap sanggup bergayut sampai pukul 1,2,3,4 (noa cukup noa) pagi walaupun hakikatnya aku penakut tahap gaban eh silap tahap power rangers warne pink

-gila hingga tahap boleh rajin tulis karangan melalui sms walaupun time sekolah dulu malas gila nak buat karangan yang cikgu suruh buat (cikgu Jamilah peace v)

-gila hingga tahap boleh percaya siap sengih gembira lagi bila Dia kata sanggup memetik bintang di langit utk buat batu cincin, padahal terang2 tipu kot

-gila hingga tahap boleh bercakap tanpa henti selama 3jam setiap hari hanya kerana Dia tak nak berhenti merokok

- gila hingga tahap boleh mogok merajuk selama 3h2m kat Tiara Beach Resort hanya kerana Dia lupa baju warna apa aku pakai masa first dating

-gila hingga tahap sanggup tolak cinta dari mamat ala-ala Andy Lau hanya kerana Dia yang kurang ketinggian tu

-gila hingga tahap rasa hidup tak sempurna tanpa Dia

Cinta itu Bahagia, Cinta itu juga duka
Tapi bagi aku...
Selagi dalam hati ada cinta
Kedukaan sebahagian dari Kebahagian

nota: 
i)Cinta di atas antara Lelaki dan Wanita, bukan cinta Gay, cinta Lesbian, cinta Pengkid or cinta-cinta yang sewaktu dengan nya 
ii) ni versi tak jiwang, aku takut klau aku buat versi jiwang korang muntah hijau lak ngehngehngeh

Sekian, terima kasih.

Ok dah skang aku nak sent ini cerita, taruk bedak dulu bagi kasi wangi, baru judge tergoda, auwww. Jap jap jap apsal korang buat muka blur ni?? Ooo aku tak cerita lagi ek, actually ni contest " Cinta Bagi Saya Adalah..." anjuran Cik Peah kalau korang nak join contest ni korang click je kat sini ok

Selamat Tinggal Sayang..........

Aku nak ucap selamat tinggal kat ko ni. Bukan aku tak nak kat ko lagi tau. Ko jangan ingat aku dah tak nak kat ko tau. Aku nak kat ko sebenarnya...nak sangat. Tapi....keadaan yang memaksa aku jadi macam ni. Keadaan juga lah yang memaksa aku membuat keputusan yang zalim pada ko mungkin.

 Bukan aku sengaja nak buang ko dari hidup aku. Aku sayang kan ko....sayang sangat...tapi aku terpaksa. Beribu orang tanya aku kenapa aku nak jaga and bela ko....dan jawapan aku sebab aku sayang kat ko.enough.full stop.

Tapi...ko kena faham, langit tak selalu nya cerah. Begitu juga dalam hubungan kita. Aku terpaksa buang ko dari hidup aku. Maafkan aku...ini semua untuk kebaikan diri aku juga. Telah banyak nasihat yang aku terima (nasihat ke?? suruhan ke?? pape jela, yang penting aku faham hihihihi)

nakha  kat entry ni
dreamy kat entry ni    

syazwan kat entry ni

(x nampak?? maksudnye tak lame ar tu...
tak lama nk rabun cam aku ar ngehngehngeh)

ini lah rupa ko sebelum aku buang ko dari diri ku
SEBELUM : focus kat jari telunjuk je tau
 Akhirnya...dalam keterpaksaan aku buang ko
SELEPAS: focus kat jari telunjuk gak tau, yang2 lain2 tu nanti aku sambung ek


   Selamat Tinggal Sayang ku Kuku...
Patah tumbuh hilang berganti (ayat motivasi  tak nak bagi sedih)
uwaaaaa aku dah start rindu kat ko ni
korang...aku pergi dulu (nak p lap air mata sat)

Tak Leh Blah Dah Ni!!!

Korang aku dah tak leh blah dah ni. Aku tak tau ar apsal aku jadi macam ni minggu ni. Tak penah lagi la kot,seingat aku ar kan, aku ngantuk straight seminggu (ok silap baru tiga hari =p) Dari start pagi time drive nak g kerja, melarat ke tengah hari time dah kat tempat kerja, pastu berjangkit lak ke malam time aku nak tengok tv.

Dah ar arini last cerita korea ke k-pop (apa2 je la) cerita He's Beautiful, tahan je mata tadi, siap tenyeh2 mata lagi, nak bagi tebuka luasnya pasal. Aku pelik arrrr apsal aku ngantuk sangat minggu ni nihhhh. Ke minggu ni 

"Minggu Mengantuk Aku"

nak buat "Peace" sebenarnya, tapi tak tau apsal jari jadi camtu. Tapi ni x bermaksud aku pelik aka alien tau korag

Japjapjap kalau aku sorang je ngantuk lain macam minggu ni, mean aku ni pelik ar kan, orang lain okay je aku je pulak nak ngantuk lebih-lebih. Kalau aku pelik mean aku ni ala-ala Alien ar kan? Arghhhh tak mau jadi Aliennnn. Aku tukar lain ar, aku declare minggu ni 

"Minggu Mengantuk Sedunia" 

Korang....korang mengantuk lain macam gak kan minggu ni. Bukan aku sorang je kan? kita sama kan? Aku bukan Alien kan? Betul tak korang?  Korang....betul tak ni....betulkan betulkan kita geng kan kan kan
..............................................................................................................
 aku rasa aku dah mamai ar ni, aku nak tido dulu tau, 
“Goodnite, sweet dreams, mimpi saya tau”
scandx aku pinjam ayat dalam hati ada taman ko ni tau
~peace no war haa lalallalala~

Ape Korang Buat ha??

Hai koranggggggggggggggggggggg, rindu korangggggg arrrrrrrrrrrrrrr korang rindu aku tak?? (ok ok enuf drama). Korang, korang nak tau tak tadi kan time nak balik kerja kan perghhh aku rasa ngantuk gile kot. Pelik aku, nak kata panas terik sampai boleh buat aku mengantuk... tak la pulak, cuaca cun je tadi. Tapi aku tak tau apsal la aku ngantuk sangat.

Tadi sampai kat satu traffic light ni, aku stop (lampu merah kot kena ar stop kan) pastu mata aku tetiba rasa mau stop sama. Oh Tidak! tak leh blah dah ni, i have to do something ni, karang tak pasal2 aku tertido terus lak karang. Pastu aku pun kuat kan volume radio sikit (sikit je ar tak banyak tau =p) pastu aku amik botal air mineral, pastu aku menyanyi siap buat head banging lagi. Niat aku nak bagi mata aku segar je balik sebenarnya tau

Tiba-tiba (as usual part tiba2 je mean dah nak masuk climax ar ni, korang kena focus tau) aku sambung balik, Tiba-tiba aku rasa macam ada something yang tak kena. Aku toleh tingkap belah kanan aku, pastu kan...... pastu kan......Aku nampak encik Motor ni elok je dia pandang aku, muka dia macam muka ala2 blur gitukan. Tapi sib baik pas aku pandang dia, cepat2 encik Motor ni pandang depan (korang rasa dia tak cam muka aku kan kan kan )

 Maluuuuuuuuuuuu T_T
 
Aku Malu uwaaaaaaaa (rambut serabai sbb stress sngt, malunye pasal =p)
 
Aku nak tanya korang ni....apa korang buat ha bila korang ngantuk time drive, share share ar ngan aku. Aku dah tak mau malu lagi buat kesekian kali nya huhuhuhuhu
.................................................................................................................
 
rossoneri aku nak gi tau ko ni Jose Mourinho dapat anugerah jurulatih terbaik dunia. David Beckham pulak bakal menimang cahaya mata keempat. Haaaa hebat tak aku?? aku tau gak pasal bola woh lalallalalala =p

Bila Perempuan Pertama Kali dot dot dot

Bila perempuan pertama kali...
uishhh perasaan dia tak tergambar kot, macam-macam rasa. Mula-mula hati kata takmau, tapi.....bila kena ayat sikit, kepala ni laju je angguk kan, pastu mulut pulak terus kata setuju. 

Bila tiba saat tu....perghh kecut perut kot. Jantung ni toksah cakap ar kan, dia nye dupdapdupdap dah macam nak amik Keputusan SPM. Tangan dah seram sejuk tapi muka still mantain, kata profesional kot. Salah masuk?? buat-buat rilex sudah (walaupun dalam hati gabra gile), kata first time, try and error-part of learning process (ayat sedapkan hati sendiri, kalau tak mau meraung kat situ gak).

Bila perempuan pertama kali...
bawa kereta pergi KL arrrr, walaupun bukan aku yg bawa (aku jadi co-pilot je =p) tapi dia nye perasaan mcm yg aku cerita kat atas tu ar. Nak wat macam mana masing2 noob. Haa ni aku nak gi tau kat korang, kalau korang tak nak drive gi KL (utk sapa yg duk area Putrajaya kan) korang leh naik ERL. Cepat dan senang, betul ni. Senang sangat nak cari, korang ikut jalan ke Cyberjaya pastu korang cari singboard Putrajaya Sentral,kalau tak faham korang clik je la link yang aku buat tu ek (Aku pelik ni apsal aku leh tetiba buat sudut ilmu ni??)

Korang tanak tanya ke aku wat pe kat KL?? (korang x nk tanya pun aku nak cerita gak =p)aku p Impiana Hotel, KLCC, ari Jumaat & Sabtu aritu. Tak sempat nk roger korang kalau tak leh kita berfoya-foya bersama-sama lalallalala ;p Aku kena kerja ar, ada presentation bout our Sasaran Kerja Tahun 2011. Overall presentation good, tapi bagi aku presentation dari bebudak team Teknikal yang "Terbaik Sangat", sampai Bos leh suruh diorang amik kursus Powerpoint sebab terlampau "Terbaik Sangat" ~peace no war haaa ngehngehngeh~

Aku Salute korang ha
Pape pun aku nak salute ngan orang Teknkal ni, kena tembak pakai peluru berpandu pun korang leh cool pastu wat muka takde perasaan, siap leh jawab lawak2 lagi, kagum kagum (ke orang teknikal ni dah imune sbb ari2 kena serang? llalallala sian korang kan) 

Jap jap jap aku tak abis lagi ni, mesti korang dah tengok Anugerah Juara Lagu ke-25 semalam kan? Aku nye favorite satu je, persembahan dari......Ally Iskandar,ok dah babai =p
note:
Ujang ko takyah nk kencing kata Ally pesan kat ko yg dia tak suka aku sebut nama dia, aku dah tanya Ally dia kata, manede dia pesan camtu pun kat ko, dia pesan suh kim salam sayang kat aku ada ar, lallalala, psst kim salam sama Keen ke Mimie ha?  (eh silap ko tak kenal diaorg) sama cik Yana ko ar =)

wan ko mesti g tgk live kan?? ko ada amik gamba Ally aku tak???

mamat Lembut?? nak kawan ngan i tak ^_^

Koranggggg aku dah sihat...Ooo aku dah bagitau ek. Hebat tak aku, demam sehari je. Kalau tak silap aku last aku demam tahun 2007, and straight 3 minggu, 2 minggu lepak rumah, 1 minggu lepak kat hospital. Jangan kata aku, Doktor pun pelik apsal aku tak kebah2. Blood test tiap2 hari, sampai kakak aku leh claim entah2 diorang kat hospital tu saje je nak amik darah aku cuz darah aku jenis O. Korang jgn caye lak, ni sembang merapu kiteorg adik beradik je lalallalala =p (takde makne nye Dr nak wat camtu)

Korang korang, korang nak tau tak, pagi tadi aku ternampak geng mamat Lembut. Aku fobia betul la dengan diorang ni. Aku fobia bukan sebab aku menyampah or tak suka tapi....sebab aku takut ar ngan mamat Lembut ni. Tahap fobia aku sampai bila aku terpandang je mamat Lembut conferm secara automaticnya aku akan pandang tempat lain konon2 buat-buat tak nampak arr.

Lakonan Semula : Penat aku fikir nape mamat Lembut tu marah aku

Semuanya disebabkan......(imagine korang kat kolej korang sekarang ni ye)

"Hey Perempuan! kau ingat kau lawa! aku jumpa kau nanti siap kau!!!"

Erk apakah?? Aku kah yang bersalah?? Aku nak tengok pemandangan kat luar dari tingkap bilik aku je. Tetiba korang nye gelak tu ter attract aku suh pandang kat korang. Aku senyap je, manede aku tumpang gelak sekali pun. Takan ar itu pun nak marah kot.

Di ketika yang lain.....(imagine korang kat Dewan Makan)

"Kau ingat aku tak cam kau!"

Erk apakah?? Aku tak sedar kot ko lalu kat belakang aku. Aku nak letak tray ni dalam besen tu je, pastu aku nak basuh tangan, pastu aku nak balik bilik aku ar. Takan ar ko nak marah sebab ko ingat aku pastu aku tak ingat ko? Ke ko nak aku amik gambar ko supaya aku dapat ingat ko gak

Dan di saat itu.......(imagine korang kat dalam Dewan)

" Elleh buat-buat tak pandang pulak"

Erk apakah?? Ni aku betul-betul confuse. Aku buat-buat tak pandang ko pun, ko nak marah aku ke?? Tu la noa yang ko tetiba nak pandang belakang tu watpe. Kan dan ternampak si mamat Lembut tu. Kan dah sia-sia kena sound buat sekian kalinye. Tapi aku pelik tul macam mane aku boleh nak tergerak hati nak pandang belakang. Aku rasa aku ngan mamat Lembut tu ada chemistry ar...lallallalaala ;p

Dahdahdah, cerita dah abis dah. Ha sebab tu la korang sampai sekarang aku fobia gila kot ngan mamat Lembut. Walaupun sebenarnya aku teringin sangat nak kawan ngan diorang ni.

Korang penah ada kes ngan mamat Lembut tak?? Ape? penah kena ngorat? jeng jeng jeng =p

Ke... korang ni kategori mamat Lembut?? Haiiiii nak kawan ngan i tak ^_^
........................................................................
tambahan (6/1/2011 11:42pm) : tetiba aku teringat la pulak ngehngehngeh =p

Dulu time aku interview kerja kan ada mamat Lembut ni dia depan aku, mean turn dia dulu ar kan pastu baru aku. Pastukan korang nak tau tak bila dia abis je interview tu dia datang dekat aku anddd (jeng jeng jeng) korang nak tau tak dia buat ape??

"u...focus on Dasar Kerajaan, Dasar Ekonomi Baru (DEB) diorang tanya pasal tu tadi"

ui mak ai tekejut aku, baik nye dia, tapi aku tak sempat nak borak ar kan, sebab turn aku dah kot pastu, tapi still senyum (ngan muka teruja) sambil cakap terima kasih kat dia.

Memang betul korang aku kena tanya pasal dasar kerajaan, apalagi aku jawab pasal DEB je ar hihihi

At the end....aku dapat kerja tu lalallalalala =)

for u:
I nak ucap TERIMA KASIH BANYAK SANGAT kat u tau, thanks a lot

Demam...

Korang.....aku rasa macam aku nak demam ar
Badan dah lenguh-lenguh
Kepala dah pening pening
Tekak dah rasa panas
Telan air liur dah rasa pahit
Mata dah berair

emm...babai korang
rasa tak selesa dah ni T_T
nak tido dulu tau....

..........................................................................................................................
Korang...aku dah sihat!!! Cuma ada pening2 sikit je lagi. Tadi sampai ofis makan panadol pastu p tido dulu, pas bangun dah rasa segar. Rajin kan aku tak sihat pun g ofis gak (tipu!!!!tepakse ar ni, nak close account nye pasal T_T)

 Recycle : Aku Dah Sihat!!
(korang faham dah kan kalau aku guna gamba recyle mean aku kat ofis ar tu tau)
...................................................................................................................
Sca Ndx
mane ko tau ni??ko ada affair ngan adik guard kat umah aku ek

Puteri Iqa izyan
done ^-^

rossoneri
aku tak faham, aku senyum je la ek =)

Along Tapa
aku faham ar ^-^

nas
okkkkkk

misz FaTiN
wajip tu selubong ngan selimut,hihihihi

 Azie Azra
ko pun geng ngan ScaNdx ek???


 Ezay Hadry
tak lupe

 mr.syazwan
perut aku dh kembung minum air banyak sangat ni uwaaaaaa

Cik Sha
dah sembuh dahhhh, lallalala (c siap leh nyanyi lagi)

Nakha Rism
ko memang terpaling kejam arr

mie
ko penah try ke ape ni?? lallala =p

Peraih Udang dari Zimbabwe
hahahhaha banyak ar

Penjejak Mimpi
tq doa, dah sihat dahhhh

peah@peps
tak mc pun, kata pekerja contoh ngehngehngeh =p

 Ujang9897
ko ni saje nak suh aku kena serang ke ape ni wat ayat camtu
japjapjap Lisa Surihani tanak ko sebut nama dia lagi tau

Princess Nur
im well =)

 Ammirah Zawani
takleh rehat banyak2, tapi...dh sihat dah ^_^

 Myaby
ko ke sape yg tulis ni, apesal aku rs cm org lain je tulis nih ngehngehngeh

 Nieza Micha
 dah shat dahhhhh ^_^

Pstttt.....kalau tak faham, korang baca kat sini ek, conferm pastu korang faham nye lah