Red Velvet Ribbons - Cun Ooo

Hari ni aku nak cerita pasal orang lain pulak. Ye ar nanti korang muntah darah lak kan kalau asyik baca cerita pasal aku je kan ( ke korang suka aku cerita pasal aku je,  perasan jap lalallala :p) 

Ok ok sebelum tu aku nak cakap dulu yang aku bukan tak nak buat kerja kat office sekarang ni tau, tapi....sistem down, bila sistem down aku tak boleh buat kerja la, maksudnya apa?? ha... maksudnya bukan aku malas, aku rajin, keadaan yang menyebabkan aku jadi macam ni (tetiba aku rasa ayat aku cam drama swasta) sebab tu la aku tengah update blog sekarang ni. Kukuh kan alasan aku kan kan =)

Red Velvet Ribbons - cun kan nama ni.
hari ni aku nak cerita pasal cik red velvet ribbons
SIAPAKAH DIA???
jeng...jeng...jeng
(part ni korang kena felling suspen tau)
dia ialah korang refer la sendiri kat page dia nanti korang tau la siapa dia :p  Ok ok sorry sorry aku memang nak cerita pasal dia, tapi line dah tak clear ar. Bos aku dah masuk bilik dia tu, karang tetiba dia keluar naya aku, rosak imej i u ;)

cik red velvet ribbons nanti i sambung balik cerita pasal u ek [bila line dah clear :)]

ni la cik Red Velvet Ribbon :)
dia pemalu ar :p

Surat Tunjuk Sebab

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
(apsal aku rasa ayat aku cam pelik jek ni)

1. Untuk makluman Tuan/Puan ketidakhadiran saya di blog selama beberapa bulan ini adalah disebabkan oleh kecurian broadband dan laptop saya. Sehingga kini barang-barang tersebut masih belum dijumpai. Atas sebab itu saya tidak dapat menghadirkan diri di blog.
(seriously aku rasa cam pelik gile ni, apsal ayat aku camni ni nih??? )

2. Segala kerjasama dan 
TETIBA
" noa dah siap tak memo yg nak bagi Dato' sign tu?"

ha? memo? Dato? suara siapakah tu?
korang aku kat ne nih????
aku dah takut ni
apsal tetiba ada suara orang lain dalam bilik aku nih???

cool noa cool, rilex rilex, cuba pandang atas tengok sape punya suara tu.
fuhhh bos aku, ingat sapa la tadi, buat aku kecut je.

HA???BOS??
uwaaaaa aku kat opis aku ar korang...
patut ar tak feeling nak menulis, kat office upenya.
benci benci benciiiiiiiii 

Korang.....aku nak ngadu ni..... laptop aku kan...
laptop aku kan kena kan kena 'pinjam' ngan orang tu. Konon kata pinjam, tapi dah buat macam hak milik persendirian nampak. Uwaaaaa noa nak balik ar laptop tu, bak balik :p Broadband aku lak kena 'pinjam gak' ngan adik aku.

Korang....korang terima aku yang skema ni ek.
Nak buat macam mana aku leh update kat office je ar, boleh la boleh la,
terimalah aku seadanya ya (aku tengah buat muka kesian ni)

lakonan semula : muka skema + muka kesian
aku rasa aku dah hilang skill lakonan semula ar
rasa cam tak jadi jek ;p
p/s: tu bukan spec aku, tu prop je tau :)

Yeayy!!!!!!!!!

Yeayyyyyy dapat buka blog balik
arghhh sronoknye
Budak Blog... noa rindu sangatttt sama kamu
macam2 cerita nak share ni

tapi.....
baju kamu ni boring arrr
nanti noa bagi baju baru tuk kamu tau
pastu baru noa cerita mcm2 ok

ok dah babai


Nak Merajuk

Korang...aku nak ngadu ni
aku nak ngadu pasal dia
dia buat perangai ar semalam
menyampah tau
asyik dia je boleh buat perangai
aku pun nak buat perangai gak ar
aku tanak layan dia arini
nak merajuk
dah ar babai
......................
babai korang ^^
*senyuman ni tuk korang je tau*

taknak senyum, merajuk

jap jap jap aku tak gi tau lagi ar
kalau korang nak tau dia buat perangai apa
korang baca kat sini ek 
aku tak leh tulis pasal dia arini
sebab aku kan tengah merajuk ngan dia

Tak Boleh

Korang....aku nak cakap ni, 
aku nak cakap yang aku.....
tak boleh update blog tau arini 

 Bukan aku tak nak ar 
Aku nak update blog
tapi aku tak boleh

 Manede sebab Malas
aku malas sikit je mane banyak pun
rajin banyak ar :p

Tak de idea? pun bukan arr
bukan sebab tu aku tak boleh update blog
Idea aku banyak mencurah-curah
ibarat mencurah air di daun keladi
(aku tak tau ape relatednya :p) 

Aku tak boleh update blog sebab....
sebab idea aku banyak sangat
sampai aku tak tau nak tulis mane satu
pastu sebab korang kan tau aku rajin
so aku nak p lipat baju lepas ni
pastu nak basuh pinggan
mop lantai
uisyhh kalau aku nak buat list
sampai esok tak habis ni 
ok ar korang 
budak rajin nak gi dulu
babai ^^

babai korang, budak rajin nak g dulu tau :p

2+1

"nora aku jumpa kembar kau semalam kat JB"
(seorang budak ofis aku berkata-kata)

tengah usha kot2 ada kembar aku dalam magazine ni ke kan, lalalalla :p
...............................................................................................................................

tiba-tiba aku teringat la pulak...

nah
 apa ni?
leh, buat tak tau pulak, bukan benda ni ke ko sedut semalam
???????  (muka blur)
dah ar nora aku nampak kau lepak sorang2 kat *tutt*sedut benda ni, skang buat2 blur lak
woiii banyak ar aku nak lepak sorang2 kat tempat camtu, tengah2 malam buta, gile ape, balik selayang pun aku tak lepas, agak2 ar kan nak tembak tu (ni skrip aku cakap dalam hati je tau, sebab orang yang tembak aku tadi tu dah blah, elllehh takut ar tu kan, ye ke dia takut?)

*korang jgn salah faham lak, bukan aku yg mamat tu jumpa, maybe kembar aku lain mak ayah kot *
...............................................................................................................................

pastu aku teringat kisah aku kat uni la pulak...

woi korang apa tu
 wei amik ar amik ar
dah dah dah jum blah masuk bilik

dalam bilik....

apa lagi buka ar barang tadi
 kunci pintu tu, noa nak try
(selepas skali sedut : yak!! pahit gila! busuk nak mampos!!)  

*ni pun sama aku try sekali sedut je, pastu im done*

 SMOKING DAMAGES YOUR HEALTH!

nota:
aku takde kembar, kembar lain mak lain ayah mungkin ada la kot, korang nak jadi kembar aku tak ^^

Beku

Hari yang sibuk
Penat
Otak dah beku


babai
jumpa esok nak tak ^^
masih mampu tersenyum
otak aku masih berfungsi rupanya, yes!

Terharu Aku

Teharu aku korang lepas aku baca comment korang kat entry betul ke tak betul. Terima kasih... so aku dah buat conclusion kat sini yang secara rasionalnya selepas mengambilkira faktor2 luaran dan dalaman maka aku sebulat suara tanpa ragu-ragu mengisytiharkan bahawasanya apa yang aku buat tu tak Betul :p

Ok ok next time kalau sejarah (mungkin) berulang aku akan minta maaf  sambil minta no phone sekali lalalla :p
 .........................................................................................
gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan tajuk :p
Sebenarnya aku nak buat entry pasal aku teharu je, pastu aku tengok alahai ketot la pulak entry aku ni, so disebabkan itu korang terima je la entry sambungan yang spontan yang takde kena mengena ngan tajuk langsung.

UTK BUDAK BARU DAPAT RESULT SPM
Aku just nak ucapkan tahniah untuk bebudak yg amik result SPM tadi, yg excellent tu kuruskan balik hidung korang tu dah kembang sangat tu, n tuk yg kurang excellent gi lap hidung, hingus hijau dah keluar tu, apa ni sedih2 pulak tak cool ar.

Yang kurang excellent tu dont wory la, pasni apa yang korang perlu buat apply je semua jenis institusi pendidikan yang ada; universiti, politeknik, kolej komuniti, institut kemahiran mara, institut kemahiran bina negara, giatmara, apa2 je lah lagi yang korang tau.

Kalau tak yakin, try amik sijil dulu after 2 years sambung diploma. Takpun korang tunggu je intake kedua hujung2 tahun sikit. Sementara korang tunggu second intake tu, korang amik la kursus pendek (6 bulan ) dari MARA, lepas tamat kursus ngam2 dah intake ke 2 (UiTM). Contoh ada budak ni dia amik kursus menjahit kat MARA pastu dia apply fesyen kat UiTM, ha nampak kan, kalau korang buat macamni korang tak buang masa + korang dapat extra skill pe.

Papepun make sure korang apply the right university and the right course ok (mean up to your result la )

Ok...memang betul ada orang kata ada sijil belum tentu dapat kerja best...memang betul Tapi...experience zaman U yang korang akan dapat memang conferm best punya. Tak tipu ni.

- Korang akan face minggu orentasi yang akan buat korang pelik ngan senior2 korang yang sikit2 nak jerit (tak penat ke?)

- Pastu petang-petang kena turun kawad sampai korang tersound komandar korang camni "saya pakai kasut sport lembut mane nak keluar bunyi kalau hentak kaki, abang pakai kasut boot keras bolehlah", pastu nanti komandar korang akan kenakan korang balik time gi camping 

- Pastu nanti korang dapat usha budak hensem class lain, pastu tetiba korang dapat chocolate time birthday korang dari budak yang korang usha tu

(aku tak sanggup nak teruskan menulis, aku takut Bebudak ni kata "tak best pun blaja kat U takyah sambung ar" abih aku kena serang ngan mak pak diorang)

Akhir kata BERUSAHA ok!

Betul ke Tak Betul??

Penat aku fikir korang apa yang aku dah buat ni betul ke tak betul? kalau aku fikir betul nanti aku buat lagi, tapi...kalau aku fikir apa yang aku buat tu tak betul, apa aku kena buat nak bagi jadi betul?? Tetiba aku rasa ayat aku dah macam berbelit la pulak, karang korang fikir aku yang dah "tak betul" :p

Ok ok sebenarnya macam ni dipendekkan cerita tadi masa kat cafe aku tengah jalan-jalan nak usha lauk ar kan, pastu tah macam mana time aku nak jalan nak p the other side ada encik ni jalan depan aku, kiranya kitorang face to face gitu. Pastu kan aku pernah cerita dulu yang lelaki Malaysia pun gentleman so dia pun undur ar kebelakang tapi senget sikit, TIBA-TIBA.....

Tiba-tiba aku dengar bunyi ala-ala nangka busuk jatuh, walaupun hakikatnya aku tak pernah pun dengar secara langsung nangka busuk jatuh, tapi disebabkan orang selalu pakai ayat ni so aku pun kena pakai ar kan, kalau tak nanti orang kata aku outdated kan korang kan.

Ok aku sambung balik cerita aku, Tiba-tiba aku dengar bunyi ala-ala nangka busuk jatuh...rupa-rupanya encik tu yang jatuh korang. Dia jatuh sebab time dia undur tu ada kerusi belakang dia pastu dia langgar kerusi tu, pastu aku terkejut tahap sampai tenganga mulut, pastu aku tak tau nak buat apa, pastu aku terus blah je. 

Pastu lepas aku dah blah tu baru aku terfikir, aku sepatutnya say sory kat encik tu ke ape? sebab nak bg jalan kat aku dia jatuh. Tapi... aku blah camtu je pun sebab aku konon2 belakon yang aku tak nampak encik tu jatuh ar kan, so nanti dia takde ar malu kan kan kan (boleh pakai ke alasan aku ni)

penat aku fikir..betul ke tak betul??

 Pssstt kalau encik tu konon2 korang la kan, korang nak aku buat ape? nak aku say sory ke? ke korang nk suh aku join jatuh ngan korang gak :p

Hari Ini Dalam Sejarah

PERHATIAN: HARI INI DALAM SEJARAH

Hari ni adalah hari yang penting dalam hidup aku. Sebab tu aku nak buat entry special ni. Sebab aku tanak lupakan tarikh penting dalam sejarah hidup aku ni. Betul...aku tengah cakap betul ni. Serius ni (sambil buat muka serius ok)

Sesuatu telah berlaku dalam hidup aku hari ni, perkara yang aku tak pernah buat selama ni, aku dah buat harini. Aku pun tak sangka sebenarnya macam mana aku boleh buat benda tu. Tapi...yang penting aku dah buat ar.

Aku rasa macam tak caya pun ada lepas aku buat benda tu. Aku ke? betul ke aku yang buat? bukan orang lain ke? Benda tu cepat sangat, otak aku tak sempat berfikir, terus tangan aku dah bergerak. Tula dia kan...bila emosi mengatasi akal fikiran....aisyhh....

Mula-mula lepas buat benda tu aku rasa puas gila, tapi.....5 saat kemudian aku rasa menyesal. Takpe-takpe, apa apa pun aku still nak anggap harini adalah hari bersejarah aku sebab buat pertama kalinya aku hon kereta kat depan aku. Korang ni kira beruntung tau sebab dapat tau sejarah hidup aku yang orang lain tak tau. Beruntung kan beruntung kan :p

Pakcik@makcik@sesape yg kena hon petang tadi, noa mitak maaf ek, peace~senyum sikit ^^

 Macam manela aku boleh ter'hon kereta depan aku tadi, adoyai...rasa cam poyo la pulak hon hon kereta orang. Poyo ke?? poyo ke hon kereta orang??? arghhhhh


Lucah Day :p

Day 2

Day 3 :Dari Guangzhou ke Shaoguan  
Harini noa ada projek lain so noa paksa korang, haah  korang la, yang korang pandang tempat lain tu apsal, noa cakap ngan korang la ni. Noa paksa korang layan je gambar-gambar ni semua. Tak kira tak kira, ini paksaan korang kena ikut gak :p (noa nak dating ngan asmara)

gerak dari Guangzhou ke Shaoguan naik the fastest train in the world @ dalam erti kata lain keretapi terpantas di dunia (aku tak sure dah ade kretapi lain leh lawan dia ke tak sekarang ni)

Actually Day 3 banyak abis kat atas jalan je, pastu ada la jalan g temple n tengok show kebudayaan local people. Tu je ar, dah abis dah Day3 (uikss cepatnya dah abis 1 hari, pelik pelik)

Day 4 : Jalan-jalan panjat bukit, naik rakit

Pepagi lagi dah tengok benda lucah, adoyaaii makin rosak ar mata aku pasni
korang dapat tangkap tak apa yg noa tengok ni??




Sekarang korang nampak tak?? (mata terpaksa ditutup utk mengelak kan pengecaman :p)


dah dah dah, tenang kan mata korang tu balik
 ronda2 tgk hutan (no more lucah thing :p)
Oh man! ada lagi benda lucah arrrr (ni kat China Sex Museum)
Aku tak sanggup nak letak gambar kat dalam museum tu, nanti silap silap korang claim blog aku ni Blog Lucah ngehngehngeh. Tapi...untuk tanak menghampakan korang aku letak satu arr, yang paling tak lucah sekali:-
see at your own risk :p
Last sekali part yang aku paling suka "shopping timeeeeeee" tapi sekejap je =( sebab tak masuk dalam schedule pun sebenarnya

ni lakonan je :p aku tak beli pun, aku beli yang aku pakai tu ar (teruk ek beli terus pakai, tak tahan ar sejukk)
Tips Bercuti dR NoA:
1) sesekali terpaksa (terpaksakah??) cuci mata tengok benda *tut* layan jelah :p (tips ini hanya boleh diamalkan untuk ORANG YANG DAH KERJA je ek, bukan untuk BUDAK BUDAK SEKOLAH tau :p)

2) jangan buat macamni (ke benda ni normal sebenarnye ke aku je yg tak tau)


menyampah ar, office noa macam tanak bagi buka blog je, asal buka buka blog je dia hang, asal hang je mesti bukak blog, arghhh menyampah

Sunyi...

 Aku rasa hidup aku bosan je sekarang ni. Balik rumah kosang, takde siapa-siapa, sedih woh. Lonely je rasa. Tak suka duk sorang-sorang kat umah. 

Tak suka sunyi-sunyi.
Sunyi buat aku rasa sedih. 
Sunyi buat aku rasa tak ceria, 
Sunyi buat aku jadi tak betul, 
Sunyi buat Budak Mood aku lari tinggalkan aku.

Benci ar macamni. Tak suka. Aku dah pasang TV kuat-kuar kot, tapi apsal aku rasa sunyi lagi??? confuse confuse. Takan la aku dah pekak kot?? Oh man! takan la kot. Ni yang tetiba rasa cuak la pulak kan. Ye ar kan cuba korang imagine, aku pasang TV volume sampai 30 tapi still aku rasa sunyi. Cool noa cool takmau gabra gabra, senyum senyum

Kalau aku tak pekak kemungkinan besar TV rumah aku yang dah rosak. Emmm....yes! conferm tv rumah aku yang dah rosak ni. Sebab tu ar aku rasa sunyi je kat rumah tu walaupun volume tv dah 30. Fuhh lega-lega aku sihat lagi tak pekak lagi rupanya ^_^

 Apa la yang ko merepek ni ni noa oii???
(hati korang pun berkata-kata)

Aku...aku bukan merepek korang...aku cuma nak bagitau korang yang aku sunyi arrr. Motif??? err err tadi aku ingat sekarang aku dah lupa la pulak. Nanti nanti kalau aku dah ingat aku bagitau korang ek.

Kita minum dulu!!!!! (nanti dah ingat aku bagitau korang ek :p)

dia tinggalkan aku...

Korang..... tolong aku......
Aku dah kena tinggal dengan dia
Hidup aku dull sekarang ni
Tak sempurna sebab takde dia
Tolong la korang...aku nak dia balik
Aku nak dia balik kat aku balik

Aku tak tau kenapa dia tinggalkan aku
Apa salah aku kat dia
Apa aku dah buat kat dia sampai dia sanggup tinggalkan aku???

"Noa!!!!!!!! apa kau dah buat ha???"

Aku tak layan dia ke??
Masak ar kan nak nak layan 24/7
At least time cuti aku layan dia kot
tengok wayang, shopping
Takan tak cukup kot???

Korang tolong la aku
Tolong ajarkan aku macam mana nak pujuk dia
Aku tak suka la hidup macamni

Hidup tanpa dia??
No way!!
Aku tak boleh imagine hidup aku tanpa dia

Korang tolong aku tau
tolong aku cari Budak Mood aku balik
Aku tak tau ar dia g mana
Since semalam dia pergi tinggalkan aku

Korang........tolong aku
tolong aku cari Budak Mood aku balik


Senyum ^_^

Senyum ^_^

^_^ seindah suria
Yang membawa cahya
^_^lah dari hati
Duniamu berseri

^_^ umpama titian
Dalam kehidupan
Kau ter^_^ ku ter^_^
Kemesraan menguntum

^_^... kepada semua
^_^anmu amatlah berharga
^_^... membahagiakan
Dengan ^_^an terjalinlah
Ikatan...

 .......................................................................................................

Aku nak senyum je arini,

kenape aku nak senyum je arini?
sebab kalau aku tak senyum nanti aku sawan, 

kenapa kalau aku tak senyum aku akan sawan?
sebab aku geram, 

kenapa aku geram?
aku geram sebab aku tak tau nak tulis ape
argghhhhhhhhh eh silap silap
senyum senyum ^_^

senyum yang jarang2 aku buat~senyum tak nampak gigi =p
Psttt aku tak dapat buka blog satu arini kat ofice tadi, aku je ke yg problem? ke korang pun?

Korang Layan Je la ek

Korang...korang layan je la ek gambar-gambar hari ke-2 aku kat China. Mula-mula memang tanak letak pun, tapi....cam sayang la pulak kalau tak letak. Aku kan suka je terhilang ingatan, so kalau aku letak kat dalam Budak Blog aku ni, takde la aku lupa kan? kan? kan? 
DAY 2

Kalau korang nak tau patung besar kat belakang aku tu adalah boyfriend kepada awek cun yang aku g tengok time Day 1 aritu. Awek dia kat laut and Pakwe dia lak kat atas bukit, bertapa sebab membawa hati yang lara gara-gara cinta tak kesampaian.

Yang ni pulak kat kedai buat silk (ye ye gambar tak menunjukkan silk langsung) Aku letak ni sbb aku nak g tau yang setiap kedai kat sini (yang aku g la) akan prepare cha/tea/teh utk guest, tu je =p

Dah abis minum kan...so jum start jalan balik. Jom kita g Liyuan Garden. Besar kot taman ni, penat aku (Bukti: kaki aku sampai jadi camtu kot, jalan banyak sangat =p)

Hari ke-2 = hari penat aku, sebab asik bejalannnn jek. Pas g jalan taman, g jalan kampung pulak. Kampung ni aku tak ingat nama dia, tapi aku namakan dia Kampung Kungfu, sebab....blog i sukati i laaaa =p

Nampak tak pokok besar tu??? (kalau tak nampak, tak lama dah ar tu...;) Tu ar pokok Wishing Tree, umur around 100++. Gambar aku takde sebab... sebab.... sebab aku kena buli jadi photographer, aku mangsa buli??? oh man!!

TIPS BERCUTI dR NoA:

1)  Bawa stok 3in1 kalau korang nak rasa minum air panas yang ada rasa gula. Sebab kat sini, anytime anywhere korang hanya akan jumpa Teh Cina jek ek. Penting tu....kalau tak posibility korang jadi sengal adalah sebanyak 99% sebab kekurangan gula dalam badan:-

Hello...hello....hello????
(korangggg aku hello ngan korang ni.....sampai ati tak jawab tau)

gambar takde motif

Cam Kerang Busuk

Korangggg aku nak cerita something nih, cerita kisah semalam punya semalam. Aku nak cerita semalam sebenarnya tapi....aku terbabas, tengok tv nye pasal =p

Cerita dia camni, pagi tadi (semalam punya semalam) aku parking kereta kat tempat biasa ar kan, pastu aku jalan p ofis aku, pastu aku pun tekan lif, lif terbuka pastu aku pun nak masuk ar kan pastu kebetulan ada encik ni pun nak masuk sekali. Pastu dia say hai, aku pun say hai (Sebenarnya perenggan ni takde makne pun, aku saja nak dengki korang suh baca panjang2 =p)

Haa part ni baru masuk isi penting ni. Tiba-tiba encik tu tanya kat aku

"dah pam tayar?"
"ha???"
"tayar depan belah kanan tu takde angin"
"OoO ye ke? ok thanks"

pastu dia sambung lagi

"ni mesti kes tau bawak je ni..."

aku....aku  senyum cam kerang busuk je time ni "=_= 

..............BAlik KErja...............

Aku dengan confident nye gi Petronas. Sampai kat tempat isi angin tu kan, ada gambar instruction cara2 nak isi angin kan, tapi kan, aku kan, aku tak faham langsung apa dia tulis, menyampah!

Pastu aku pun call member aku, fuhh sib baik dapat. Pastu dia bagi instruction aku buat la, sehinggalah...

"buka tiup yang ada kat tayar tu"
"nak buka sikit ke semua sampai tanggal??"
 "ha?? apedia??"
"nak buka sikit ke semua sampai tanggal??" 
(aku jerit sikit sbb nak suh dia dengar)

Tiba-tiba
"buka semua"

Dan.... buat kedua kalinya aku senyum cam kerang busuk lagi "=_=  

Klau korang nak tau suara after "Tiba-tiba" tu suara encik yg kat dlm lif tadi.....
(time ni gak la dia nak isi angin tu kan, isyhhh)

Maluuuuuuuuuuuuuu
(aku pelik ar, napa setiap kali ada kejadian Aku Malu mesti dgn encik, bukan ngan cik ke puan ke, grrrr)
Lakonan Semula : penat aku fikir kepelikan yg melanda diri ini, why? why? why?

Minggu Warm Up

Aku dah hilang skill menulis ar korang. Lama kot aku melangut depan lappy tapi cam stuck je otak n tangan aku ni. So minggu ni aku tepek gambar Cuti-Cuti aku je la dulu ek, kasi warm up tangan aku sikit.

DAY 1

Okay okay aku yang paling tahpape kat situ, pakai selipar je?? oh man! ok ok sebenarnye time ni aku tgh mamai lagi sebab member datang pickup nak g airport awal gile, dalam kul 1.30am cam tu kot. So sarung je la ape yang ada kat depan mata ye.

Time ni memang lapa giler. Imagine dari kul 1.30am aku berjaga  sampai kul 7.30am. Tak sedap pun layan je la. NO CAMERA plzzz =p

...after 4 hour... Yeay!!! dah sampaiiiiiiii

Takyah mandi pagi kita boleh terus berjalan-jalan ye adik-adik. Nama tempat ni Zhong Shan Park ala2 taman tasik kat Malaysia jek

Ni nama dia Jalan Bulat Bulat (korang jangan percaya ni aku tipu jek tau)

Lakonan Semula: cara-cara tarik stokin yang dah takde getah tanpa disedari orang lain

Ni ar stokin takde getah tu. Ye adik-adik sekalian jangan packing barang last minute kalau tanak pakai stokin takde getah =p

Lepas g taman kena g Lovers Road pulak sebab nak tengok patung awek cun kat atas ni (bunyi cam terpaksa? mmg terpaksa pun sbb aku ngantukkkkk T_T) Nama awek ni...em....aku lupa ar, ade kisah pasal awek ni, ala kisah Love Story sbb tu nama tempat ni Lovers Road. Tapi...detail aku lupa la pulak.

Aku terpaksa menyelit disitu untuk mengelakkan diorang ni terpengaruh dengan nama tempat ni ~ LOVERS ROAD =p

Last tuk Day 1, pusat Ginseng. Nampak tak signboard besar tu. Saje je amik gambar signboard tu cuz nak suruh korang alert ngan tempat ni. Bile korang sampai kat sini nanti, hati korang kena kuat. Sebab staf kat sini akan guna skill manipulative + persuade tahap Master punya kat korang suruh beli ubat. Perghh sib baik aku mmg power bab mereject ni lalallalala ^_^

TIPS BERCUTI dR NoA:

1) Bawa WET TISSUE banyak2, sebab Toilet/WC (water closet)/ Bilik Air takde paip. But in case korang lupa korang pau je la tissue paper kat hotel . N make sure korang settle kan "business besar" korang kat hotel (kalau tanak keluar pun paksa je sampai keluar ngehngehngeh)

2) Jangan tido dalam bus, kalau korang tanak jadi mangsa kena kencing =p 


Somebody Save Me!!!!!

Wake me up inside
I can’t wake up
Save me
call my name and save me from the dark
(nak lebih2 korang baca kat sini =p)
 
Koranggggggg tolong selamatkan aku. Aku dah jadi budak malas. Arghhhhh. Aku dah lama tak hupdate Budak Blog aku sebab aku MALAS. Ni sume sebab.....minggu pertama aku on vacation, minggu kedua aku bz settle kan kerja, balik rumah pas makan, layan tv sat, pastu tetiba tetido, minggu ketiga aku plan nk dating ngan budak blog korang ar kan, pastu....tetiba aku jadi BUDAK MALAS.....pelik aku napa tah??

Camne ni.....noa tanak jadi budak malas....

Pakej Lengkap

Hai...korangggggg. Lama tak jumpa korang kan....Arini aku nak bagi pakej lengkap stok 2 hari yang lepas + 1 harini

ISNIN 31/01/2011

Cam biasa ar, kan aku tulis cerita kat Budak Blog aku malam kan. So aku plan aku nak tulis malam tu ar kan, tapi....tetiba je aku takut duk sorang-sorang dalam bilik. So aku keluar dari bilik , pastu aku layan TV sampaiii aku tertido. Aku takut sebab aku duk umah sorang-sorang. Kakak aku takde, dia dah balik Selayang dah, tu yang aku takut tu....So... aku tak update blog pada ari Isnin.

SELASA 01/02/2011

Aku drive kereta macam hari-hari biasa aku nak g ofis. Masuk je kawasan ofis aku rasa pelik. Apsal lengang sangat ni, aku drive wat slumber lagi, dalam otak fikir

"OoOooo orang dah start cuti Raya Cina kot"

Pastu aku masuk tempat parking, time ni kepelikan aku berganda-ganda sebab parking kosong, takde kereta langsung, dalam hati still cakap 

"OoOooo conferm orang dah start cuti Raya Cina ni"

Aku tekan lif naik ofis aku

"Oittt apsal takde org ni?? ada majlis pape ke yang aku tak tau ni???"

Pastu aku try tengok calendar, kot2 aku ada conteng pape kan pasal harini

 "OMGiii CUTI HARI WILAYAH ar pulak kan!!!"

Disebabkan aku tersangat malu pada hari itu, maka aku pun tak sanggup nak berjumpa dengan orang termasuk korang sekali la. So...aku tak update blog aku pada hari Selasa.

Recycle Cara Aku Cover Malu : Mintak2 takde sapa perasan aku masuk ofis semalam. Malu wohh    

RABU 02/02/2011

Aku rasa aku dah malas nak update Blog sebab mood HOLIDAY ar (aku tipu =p sebenarnya aku rasa ngantuk, satgi nak p tido kat surau jap) So aku just nak wish kat korang HAPPY HOLIDAY and HAPPY CHINESE NEW YEAR.

Aku Ungu! korang??

Aku Ungu...korang pulak warna apa. Betul...korang cuba tengok pic kat bawah ni, haa kan dah cakap aku ungu


Oooo aku tak bagitau lagi ek kat korang ape mende kat atas ni. Kat atas ni ialah tarikh lahir dan kod warna yang mengambarkan diri korang. Aku lahir satu haribulan October, sooo automatic aku warna ungu ar kan. Kalau korang nak tau korang warna apa, korang check it out kat blog teddyuna. Cepat-cepat g check pastu datang sini balik share ngan aku korang warna apa tau.

Ciri-ciri orang Ungu ni adalah seperti dibawah (tetiba cam ayat soalan exam je ayat aku ni)


Seperti yang ditulis kat atas, aku copy balik je, sebab aku malas tulis (aku dh mitak permission arr ;p)
...............................................
Amboi! Kamu ini gadis misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.

Aku cakap: korang...walaupun aku misteri tapi tak bermakna aku ni pembunuh misteri tau, so korang tak payah ar takut- takut nak mendekati aku. Aku tak makan orang arrr betul....
...............................................
Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain
Aku cakap : ini tak bermaksud yang aku ni magnet atau juga di kenali sebagai besi berani tau
 ...................................................
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu.
Aku cakap : aku memang penting kan korang, so korang jangan pengaruh aku buat perkara-perkara yang tak baik tau, korang sayang aku kannnn
...............................................
Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya
  Aku cakap : Alaaa bukan susah sangat pun korang nak bagi mood aku happy all the time, korang belanja je aku makan tiap-tiap hari 3 kali seari, conform mood aku ok nye lah 
...............................................

Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka
Aku cakap : OoEmmGii aku mata duitan??  Apsal aku tak sedar pun selama ni nih??

Lakonan Semula: Aku Terkejut lepas dapat tau aku ni Mata Duitan rupanye, Oh! Man...
...............................................
Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi
 Aku cakap : Fuhhh sib baik ada penyataan last ni. Tak rugi woh kalau korang kenal dengan aku. So ada sesapa nak kenal ngan aku tak? nanti aku email borang keahlian FanClub aku tau. Yuran bulanan RM50inggit setiap bulan (ni tak kira sebagai Mata Duitan arr, ni duit...em...ni duit...ha ni duit untuk buat aktiviti club je tau ;p)



nota harini:
1. sumber article adalah dari blog http://teddyunawakaka.blogspot.com, klau nak tau mana dia tau pasal bende ni, korang p ar roger dia ek

Malaysia Boleh!

Yes! yes! yes! akhirnyaaa. Fuhhh berkat usaha aku selama 6jam++ akhirnya aku berjaya gak menggotong-royong kan diri aku. Sebelum aku cerita apa aku dah buat arini, aku nak tunjuk sikit ar, Budak Cube aku yang Ketua Kebersihan aku kata bersepah sangat tu kan. Korang tengok ar sendiri, manede bersepah pun

PERHATIAN : walaupun nama aku senget tapi aku tak senget haa
Ni ARCA seni aku , hanya orang seni je mengenal seni.....
Aku simpan paper2 lama tu sebab aku ENVIRONMENTAL FRIENDLY okkkk

Kan kan kan betul kan aku cakap, manede bersepah pun. Korang...korang sokong aku ke korang sokong Ketua Kebersihan aku ni??? Tapi...nak wat camne kan, kata pun Ketua so aku kena ikut gak ar cakap dia;

"I'M STRAIGHT I'M NOT GAY"
Aku dah tukar ARCA aku jadi simple sikit, bg org bukan seni senang faham..
Uwaaaaaa T_T aku dah tak jadi Environmental Friendly dahhhhh

Korang nak tau tak aku ngan kawan aku jadi BADANG arini. Serius tak tipu punya. Nak tau tak aku buat apa? Korang senyap je tu maksudnya korang nak tau ar tu kan kan kan. Aku angat kotak korang, kagum tak kagum tak


Ni lah kotak tu, but korang kena time 3. Banyak kaannn. Nak buat camne...unit aku takde lelaki semua perempaun. Pastu yang lain2 keadaan tak mengizinkan nak angkat benda berat, so aku & kawan aku je la yang MUDA BELIA (ter caps lock la pulak ;p) terpakse ngangkat semua tu.

PESANAN PENAJA:
Kepada semua Lelaki, korang tolong lah apply kerja kat bahagian Akaun/Kewangan, nanti korang leh jadi Tukang Angkat Kotak tuk kaum wanita. Menarik kan, aplly tau jangan tak apply.

Korang...noa nak mintak tolong sikit arrrr, boleh tak? Boleh tak korang buat "Tabung Spa Untuk Noa" Tolong arrr...korang collect ar sorang singgit, pastu korang belikan baucar Spa untuk noa, pastu korang cakap ar kat noa "Surprise!!!" pastu noa mesti Happy. Pastu korang pun mesti happy gak sebab korang kan suka tengok noa happy.

Bukan Lakonan Semula, ni Betul Betul Kejadian : Badan noa dah start rasa lenguh-lenguh ar, mencii