Teharu aku korang lepas aku baca comment korang kat entry
betul ke tak betul. Terima kasih... so aku dah buat conclusion kat sini yang secara rasionalnya selepas mengambilkira faktor2 luaran dan dalaman maka aku sebulat suara tanpa ragu-ragu mengisytiharkan bahawasanya apa yang aku buat tu
tak Betul :p
Ok ok next time kalau sejarah (mungkin) berulang aku akan minta maaf sambil minta no phone sekali lalalla :p
.........................................................................................
 |
gambar sekadar hiasan, tiada kena mengena dengan tajuk :p |
Sebenarnya aku nak buat entry pasal aku teharu je, pastu aku tengok alahai ketot la pulak entry aku ni, so disebabkan itu korang terima je la entry sambungan yang spontan yang takde kena mengena ngan tajuk langsung.
UTK BUDAK BARU DAPAT RESULT SPM
Aku just nak ucapkan tahniah untuk bebudak yg amik result SPM tadi, yg excellent tu kuruskan balik hidung korang tu dah kembang sangat tu, n tuk yg kurang excellent gi lap hidung, hingus hijau dah keluar tu, apa ni sedih2 pulak tak cool ar.
Yang kurang excellent tu dont wory la, pasni apa yang korang perlu buat apply je semua jenis institusi pendidikan yang ada; universiti, politeknik, kolej komuniti, institut kemahiran mara, institut kemahiran bina negara, giatmara, apa2 je lah lagi yang korang tau.
Kalau tak yakin, try amik sijil dulu after 2 years sambung diploma. Takpun korang tunggu je intake kedua hujung2 tahun sikit. Sementara korang tunggu second intake tu, korang amik la kursus pendek (6 bulan ) dari MARA, lepas tamat kursus ngam2 dah intake ke 2 (UiTM). Contoh ada budak ni dia amik kursus menjahit kat MARA pastu dia apply fesyen kat UiTM, ha nampak kan, kalau korang buat macamni korang tak buang masa + korang dapat extra skill pe.
Papepun make sure korang apply the right university and the right course ok (mean up to your result la )
Ok...memang betul ada orang kata ada sijil belum tentu dapat kerja best...memang betul Tapi...experience zaman U yang korang akan dapat memang conferm best punya. Tak tipu ni.
- Korang akan face minggu orentasi yang akan buat korang pelik ngan senior2 korang yang sikit2 nak jerit (tak penat ke?)
- Pastu petang-petang kena turun kawad sampai korang tersound komandar korang camni "saya pakai kasut sport lembut mane nak keluar bunyi kalau hentak kaki, abang pakai kasut boot keras bolehlah", pastu nanti komandar korang akan kenakan korang balik time gi camping
- Pastu nanti korang dapat usha budak hensem class lain, pastu tetiba korang dapat chocolate time birthday korang dari budak yang korang usha tu
(aku tak sanggup nak teruskan menulis, aku takut Bebudak ni kata "tak best pun blaja kat U takyah sambung ar" abih aku kena serang ngan mak pak diorang)