Aku Ungu...korang pulak warna apa. Betul...korang cuba tengok pic kat bawah ni, haa kan dah cakap aku ungu
Oooo aku tak bagitau lagi ek kat korang ape mende kat atas ni. Kat atas ni ialah tarikh lahir dan kod warna yang mengambarkan diri korang. Aku lahir satu haribulan October, sooo automatic aku warna ungu ar kan. Kalau korang nak tau korang warna apa, korang check it out kat blog
teddyuna. Cepat-cepat g check pastu datang sini balik share ngan aku korang warna apa tau.
Ciri-ciri orang Ungu ni adalah seperti dibawah (tetiba cam ayat soalan exam je ayat aku ni)
Seperti yang ditulis kat atas, aku copy balik je, sebab aku malas tulis (aku dh mitak permission arr ;p)
...............................................
Amboi! Kamu ini gadis misteri rupanya. Tak ramai orang yang dapat mendekati diri kamu kecuali orang yang benar-benar kamu percayai.
Aku cakap: korang...walaupun aku misteri tapi tak bermakna aku ni pembunuh misteri tau, so korang tak payah ar takut- takut nak mendekati aku. Aku tak makan orang arrr betul....
...............................................
Kamu juga mempunyai daya penarik yang sukar dicari pada orang lain
Aku cakap : ini tak bermaksud yang aku ni magnet atau juga di kenali sebagai besi berani tau
...................................................
Walaupun begitu, kamu tak pernah pentingkan diri sendiri dan agak mudah terpengaruh dengan perkara-perkara yang baru bagi kamu.
Aku cakap : aku memang penting kan korang, so korang jangan pengaruh aku buat perkara-perkara yang tak baik tau, korang sayang aku kannnn
...............................................
Mood memainkan peranan penting mempengaruhi kehidupan kamu seharian. Jika kamu rasa gembira, sudah tentunya hari itu menjadi hari yang paling ceria bagi diri kamu dan begitu juga sebaliknya
Aku cakap : Alaaa bukan susah sangat pun korang nak bagi mood aku happy all the time, korang belanja je aku makan tiap-tiap hari 3 kali seari, conform mood aku ok nye lah
...............................................
Dalam menjalinkan percintaan, kamu lebih cenderung untuk memilih mereka yang punyai kedudukan dan agak stabil kewangan mereka
Aku cakap : OoEmmGii aku mata duitan?? Apsal aku tak sedar pun selama ni nih??
 |
Lakonan Semula: Aku Terkejut lepas dapat tau aku ni Mata Duitan rupanye, Oh! Man... |
...............................................
Namun kamu pandai menawan hati orang lain, tak rugi jika dapat mengenali diri kamu lebih dekat lagi
Aku cakap : Fuhhh sib baik ada penyataan last ni. Tak rugi woh kalau korang kenal dengan aku. So ada sesapa nak kenal ngan aku tak? nanti aku email borang keahlian FanClub aku tau. Yuran bulanan RM50inggit setiap bulan (ni tak kira sebagai Mata Duitan arr, ni duit...em...ni duit...ha ni duit untuk buat aktiviti club je tau ;p)
nota harini:
1. sumber article adalah dari blog http://teddyunawakaka.blogspot.com, klau nak tau mana dia tau pasal bende ni, korang p ar roger dia ek