Hai korang...Korang, korang nak tau tak kenapa aku tak bercerita ngan Budak Blog aku malam tadi. Selalu kan aku suka bercerita ngan Budak Blog aku time malam-malam. Tapi semalam....aku takut ar. Aku baru pas tengok cerita hantu, pastu aku takut, pastu aku tido ar.
Pondan Betul!!!
Lalalalala korang tak leh cakap aku camni sebab aku kan perempuan, perempuan memang ar kena takut. Suka nye jadi perempuan. Ada orang kata perempuan zaman sekarang dah tak de beza pun dengan lelaki. Apa lelaki boleh buat perempuan pun boleh buat. Tapi.....aku tak setuju sangat (ni aku nye fikiran je tau) Bagi aku Perempuan ni lemah...Lelaki pulak kuat. Sebagai contoh cerita rekaan semata-mata antara Adam dan Hawa kat bawah ni:
Tajuk Cerita : Satu Hari Di Hari Raya Cuti
Pon!pon! Ooo Adam dah sampai naik kereta upenya. Hawa pun pergila kat kereta Adam tu. Hawa tak larat nak buka pintu kereta. Hawa kan Lemah. Ketat kot pintu kereta tu, nak nak kalau getah ala2 dah nk tercabtut tu, perggggg lagi la susah kot nak buka. Adam kan Kuat, apelah sangat setakat buka pintu kereta, 0.01% tenaga pun tak habis kan Adam kan.
OooOo dah sampai KLCC upenye. YES! Year End Sales. Hawa kan Lemah, so dia tak berjaya nak control nafsu shopping dia tu. Kesian Hawa, Lemah betul dia kan. Adam...tolong bawakan paper bag shopping ni ek. Alaaaa Adam kan Kuat, guna jari pun boleh kan kan kan.
Lapar la pulak, kesian Hawa dia kan Lemah, tenaga pun kurang sebab tu dia cepat lapar. Adam..Adam tolong belikan food ye. Apalah sangat beratur 2jam untuk sebiji burger kan. Adam kan Kuat,main bola 5jam pun tak penat, beratur?? apa la sangat kan.
Emm...jum tengok wayang. Adam...Adam beratur sorang2 ek beli ticket. Kaki Hawa dah sakit la tadi jalan banyak sangat kot. Hawa kan Lemah, jalan sikit pun kaki dah melecet.
Dua jam kemudian.......wayang dah abis
"Adam? adam? adam bangun laaaa"
erk takan pengsan kot Adam, Adam kan Kuat. Hawa yang Lemah ni pun maintain je lagi, emm....
~The End~
Ha yang ni pulak ujian aku buat sendiri pepagi tadi:
Keputusan: Sejam kot aku feel marah, tapi tak bertukar-tukar pun, haiii memang terbukti la perempuan ni Lemah, Tak Kuat Marah |
Keputusan : Uiksss tak sampai 5 minit marah sudah tukar la. Memang terbukti lah Lelaki ni memang Kuat marah |
Indah sungguh pagi ni kan, llallalalala =p