Aktiviti Hari Ini

Mari mari mari rapat-rapat sikit mai nak cerita ape yang aku buat harini. TIPUUU je ar. sebenanye aku nak cite ape yang sepatutnye aku buat harini. Aku plan nak buat benda nie dari minggu lepas kot tapi nak wat camne keadaan tak mengizinkan. 

kate hati : amboi amboi amboi sesedap rasa je nak salah kan keadaan ye
kate noa : ye ye ngaku diri sendiri yang malas =p


Ni la yang sepatutnya aku kena buat hari. Korang dapat agak tak ape yang aku kena buat hari ini. Takpe-takpe aku letak lagi satu klu untuk korang teka

kate hati : tak de sape pun la nak teka
kate noa : tau la


Yup betul tu. Ni la yang patut aku buat hari ni. Bace buku novel. Dah keluarkan dah novel tu tadi, dah ready dah pun nak baca. Baring-baring sat pastu terus zzzzzzzzzzzzzz selamat jalan romeo. Nak watcamne hujan baik punya tadi tu yang syiok je tido tak sedar diri tu. 


Kalau korang nak tau aku suka gila kot baca novel. So kalau tetiba korang dah takde idea nak bagi aku hadiah ape korang bagi je la novel. ceq tak kesah ceq terima ja. hehhee, Aku start jatuh cinta ngan novel ni semenjak zaman-zaman student dulu. Yelah hiburan lain takde, novel je la sumber hiburan aku that time. Aku paling minat ngan Aisya Sofea and Fauziah Ashari. Best gile sangat cara penulisan mereka-mereka ini. Boleh cari novel terbaru mereka di sini ya alaf21

Kalau korang nak tau aku ni kan gila shopping online. So sampai novel pun aku beli kat online je tapi bukan la direct dari penerbit tapi dari orang persendirian. Apsal teba-tiba aku rasa ayat aku cam skema semacam je ni. Okay senang cerita aku beli seconhand punya novel. Sofar condition novel yang aku beli semuanya tip top gitu. Sebab aku percaya orang hobi dia baca novel ni dia akan jaga novel tu baik-baik -cam aku jugak- tu yang aku confident beli novel secondhand kat online je. Nanti aku buat special entry siap ngan link blog yang ade jual novel secondhand aka novel terpakai ni ye.

Korang-korang korang nak tau tak Ombak Rindu dah difilemkan. Hero: Aaron Aziz, Heroin: Maya Karin 2nd Heroin: Lisa Surihani. Haritu aku ada bace pasal ni tapi aku dah lupa la aku baca kat ne. Kalau tak dah lama dah aku letak link tu kat sini.  Tak saba dah ni aku nak tunggu cerita tu keluar wayang nanti.

Psstt...ade sape-sape tak nak join aku tengok cerita tu nanti .Sila angkat tangkat ye aku nak wat bancian sekarang. Serius ni tak betul punya.Hahhahaha




3 comments:

1Malaysia Online 2014 said...

Saya nak join..Tapi macam mana nak angkat tangkat? Jenuh juga try..hehe

noa said...

hahahahaha kan dh tulis kat bawah skali tu =p

Anonymous said...

nk3 ! serius betul ni.