Salah Siapa???

Hari ni aku nak buat entry emo, dah lama sebenarnya aku emo pasal benda ni, tapi disebabkan aku baru je ada Budak Blog maka baru skarang aku dapat luahkan keemosian aku ni.

Korang baca tak Harian Metro harini, ala cover page yang tajuk dia "Ibu Suruh Saya Dirogol", mula-mula aku baca......

...“Ibu suruh abang merogol saya sebelum saya diserahkan kepada lelaki yang meminjamkan wang kepadanya,”......

pastu aku sambung lagi.....
 
...."Apa yang berlaku ke atas saya berpunca daripada ibu dan saya sampai bila-bila pun tidak akan memaafkannya,”....

pastu sampai la kat perenggan ni...

..."Selepas berusia 18 tahun dan tidak lagi berada di bawah jagaan JKM, saya datang ke negeri ini dan akibat tidak mempunyai saudara-mara, saya nekad menjual tubuh dan mengemis untuk menyara kehidupan,”...
 
(nak baca keseluruhan cerita click kat sini k)
 
Lakonan Semula: baca surat khabar sambil memikirkan masalah negara

Seingat aku  la setiap kali amik exam tak kira PMR ke SPM ke Peperiksaan Kerajaan ke Interview Kerja ke point wajip aku mengapa terjadinya masalah sosial ni sebab Kurang Didikan Agama. Tapi...bukan tak penah kita baca kat paper Ustaz kena tangkap khalwat ngan student sendiri, yang yang paling latest aku ingat kes hakim mahkamah syariah yang kena tangkap khalwat. Aku rasa golongan-golongan ni dah Lebih Didikan Agama kot. Tapi....(korang sambung la sendiri ek)
 
Tu yang aku baca la kan yang tak conferm pun betul-betul kejadian ke tak. Tapi...aku pernah mengalami sendiri kot, senior kat tempat practical aku dulu, merangkap Pak Imam kat kawasan tempat dia tinggal, merangkap tukang baca doa kat tempat practical aku, korang nak tau apa dia buat?? jeng jeng jeng dia suka gesel-gesel woh. Contoh ar bila dia tetiba nak pinjam pen aku, mesti dia amik sendiri pen tu kat table aku pastu tangan dia buat2 terkena kat tangan aku. Banyak kot siaran ulangan dia buat, takan tak sengaja kot. So aku akan pastikan jarak aku 100m dari dia (ni aku tipu,jarak sebenar aku tak ukur =p)
 
So Macam Mana Tu??
 
Bila kita baca story kat Harian Metro (yg aku tulis kat atas tadi tu la) dia salah kan Ibu dia kan. Kenapa nak salahkan Ibu lak?? masyarakat dah bantu dia, but keluar je dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) takde kerja pastu jadi pelacur pastu salahkan ibu sebab diri jadi pelacur. Minah Indon pun pandai suvive cari kerja kilang takan dia tak leh survive kat negara sendiri kot. Bagi aku selagi diri tu buat salah pastu blame kan kat orang lain, tak mengaku kesalahan sendiri, sampai bila-bila pun diri tu tak akan berubah.
 
Sampai bila nak salahkan orang lain atas kesalahan diri sendiri???  
 
Ok ok aku dah abis emo dah, lalallalalala (nyanyi senang hati bukti aku dah tak emo) Korang, ni from my point of view je tau. Aku nak tau gak pendapat korang (nak pangkah point aku pun boleh sajaaa, i likeee mat rempit =)

40 comments:

Anonymous said...

i tak minat ngan ape yang u tulis ...
tapi iminat tol pose time u tgh bace surat khabar tuh ...pergh ,,,rase cam nak bawak u jupe i punye mama...


xoxo

Shahada Fauzi said...

setuju2..jangan salahkan orang lain atas kesilapan yang kita sendiri lakukan..orang loser je selalu buat macam tu..konon nak defend diri sndiri..


yang oi..cube cari kat entri mane ai ade mention nama u..kui3..

farah said...

setuju ! suka nak tunding tunding jari. tp sendiri nye silap tak nampak. kilang berlambak kot pegi je la keje. ni tak nak jugak jual body. ckp je l nk easy money , ni tak nak salahkn nasib pulak, tak paham aku.

gila , anon tu siap nak bawak noa jumpa mak. haa noa apa lagi.

mie said...

eh!!
no komen tapi
pesal xnampak gigi dalam gambar tu..
jeng jeng..

Liquid said...

i hate mat rempit a.k.a samseng jalanan.!!

Peraih udang dari Zimbabwe said...

Ingatlah, Rasulullah S.A.W. pernah bersabda, kemiskinan itu boleh membawa kepada kekufuran. So, mungkin ketika itu, ibu dia sudah mati akal untuk membayar balik hutangnya, kemungkinan akan diugut atau dicederakan, jadi itu mungkin jalan yg paling singkat untuk melunaskan hutang tersebut, Wallahualam...

Anak dia pun sepatutnya tak membenci ibunya sampai biler2, mungkin ibunya dah insaf dan menyesali perbuatan lampaunya. Elok kalau beri peluang kedua kepada ibunya. Hidup di dunia jika tiada restu dari ibu bapa, tiada keberkatannya...

*Noa, ko baca paper tu lepas main gelungsur dan buaian budak2 kat taman tu kan? Baik ngaku...*

Penjejak Mimpi said...

Salam.

Aku stuju statement c peraih udang tu. Stetment yang first tu la..

Ape2 pon, kite patut berdoa agar minah tu kembali ke pangkal jalan...

A.s.t.i.n.a said...

Fitrah menausia sentiasa mencari salah orang lain.... sedih aaa kan

psstt psttt saya tetap suka lakonan semula tu Cik Noraaaa.... i like u lah!

noa said...

Anonymous

jumpa u punye mama???

jeng jeng jeng

noa said...

♥CIK SHA♥

akan ku cari selepass ini =)

noa said...

rainbowskittle(fain)

si Anon juga dikenali sbg Mak cik Enon (Anon sory aku gurau2 je ni)

noa said...

mie

hahhahahaa ko dh prasan ek, aku klau amik gambar mesti senyum nampak gigi, auwww malu saya

noa said...

Liquid

emo nye ko, sabar sabar, tarik nafas pastu jgn lepas2

lallalala =p

noa said...

Peraih udang dari Zimbabwe

ko ni mmg abg besar betul ar, memahami je aku kan huhuhuhuhu

noa said...

Penjejak Mimpi

aku tumpang doa ko~amin~

noa said...

A.S.T.I.N.A

adakah u ni si Anon yang kita cari??? jeng jeng jeng

Ujang9897 said...

erm..cmne nk komen ek..takkan nk setuju dgn kau..musuh tetap musuh..hahahaha


erm..aku rase minah tue jd pelacur sbb dalam fikiran dia takde siapa boleh terima dia lagi...konon2 di rase diri dia jijik...

bg aku dia takder iman dan takder didikan agama yg ok..

pada pandangan aku bground fmly die tak ramai yg solat..tiang agama tak jaga mmg hancur la fmly..tue asas kot..

KakD said...

SETUJU!! (eh apesal pulak tersetuju pulak nih haihhh muskil muskil hahahaha :P)

Dart Hyda Osman said...

ko yang rela hati nak jadi pelacur nak salahkan ibu ape hal..psiko ke ape..

Siti Hajar Masri said...

setuju..jgn salahkan org lain apa yg kita lakukan..

yg psl imam tu sy setuju..pernah jumpa org mcm tu..yg pakai kopiah x semestinya baik..

kindergartenlibrary said...

sampai hati mak dia kan ?
ish2 . .
dunia akhir zaman betul

Rina Rossoneri said...

wah noa, ada orang nak buat kau jadi menantu lah hakhakhakhahkhk...

bila buat karangan kan,pointnya mesti 'kurang didikan agama', 'salah ibu bapa','pengaruh media massa', 'rakan sebaya'...hoohohoho yang pastinya salah diri sendiri..

EzayHadry said...

teruk gile kot mak die tu..
huhu sebab tulah islam letakkan hukum hudud..hukuman tu adil lagi menyedarkan orang ramai

yang pasal ustaz tu..no komen..
tp tkde sapa2 manusia sempurna..
tkde sapa2 maksum selain nabi dan rasul

*cam bg ceramah plak =P~

Anonymous said...

follow & blogwalking..

mehla jenguk belog ai..

salam kenal!(^__^)

Tuan Din said...

pada aku 2, 2 salah.. mula2 mak dia salah, pastu anak dia p jadi pelacur wat apa... pi lah jadi cleaner ker..
bab Ustaz ker, imam ker buat salah.. aku rasa tak perlu di highlightkan sangat sebab boleh buat orang lain menghina agama kita & lagi teruk hilang kepercayaan kepada Islam... aku takut nnt tak pasal2 kita dapat saham menjatuhkan agama kita sendiri...(org suratkhabar yg sengaja nak cari sensasi nak dapat rating tu korang jawablah ngan TUHAN nnt) bukankah kita tahu mereka (lebai/iman) juga manusia & sentiasa digoda oleh syaitan?? malah kita juga tahu lagi kuat ilmu oerg itu lg tinggi pangkat syaitan yg ditugaskan menjaga dia?
arghhh lagi sekali aku buat entry... ASTINA!!! nie entry aku... esok tak habdet entry... haha

AngahSayang2314 said...

nora2 jgn emo lebih2 sabar..sabar...

Noor Fatin said...

kalau ye pn salah mak dia, tapi dia kna ubah jugak diri dia. jgn lak jadi pelacur. aihh

azayani alim said...

mmg dah perangai manusia suka menuding jari pada org lain..betol tak?

Unknown said...

Aiseyh...
Gwa sedang bermesyuarat dengan geng geng lab gwa pasal benda nie...hhahhhaa...

Noa, semua tu bergantung pada perangai. perangai ada dalam diri manusia. Alim berpakaian, jadi pak imam, tukang baca doa tu semua luaran sahaja....

Gwa pernah kena raba dengan pakcik pakai jubah dalam bas...Apakes? gwa laki, dia pun laki...seram!!!!!!

mr.syazwan said...

ibu bapa sgt bagi muka kat bdk2 sekarang

sbb tu jd mcm tu

omurice said...

omu sukalah pandangan noa pasal ni...betullah sampai bila nak salahkan orang lain...

JR said...

Mak dan anak 2x5. Mula2 mak jual anak, lepas tu anak secara rela hati jual diri sendiri. Masyarakat pincang...

PADLE said...

aku lebih tertarik dgn gamba ko tu...hehe

sud@is said...

kesian mak yang jahil penat2 melahir dan membesarkan anak disuruh dagangkan kejalan haram..

anak x wajib taat perintah yang bercanggah dgn ajaran Islam.....

Annisa said...

perkara ni berlaku sebab ilmu dan kesempitan hidup. selagi tubuh ni mampu, cuba cari kerja.. ada gak baca tentang ni tadi =.=" diorang takde pilihan lain.. hope diorang dapat jumpa jalan yang betul nanti. amin.

Fina Roslan said...

scary doh betul baca berita sekarang ni.

bapa rogol anak.
cucu rompak nenek.
kawan bunuh kawan.

nak jadi ibu bapa ni bukannya senang.
kalau dipandang remeh temeh maka lahirla ibu bapa sebegini.nauzubillahi min zalik.

NuSaNa NoSa 91 said...

betul tu noa.. lumrah alam, manusia ske menuding jari ke arah org lain bila berlaku sesuatu kesalahan.. knp kita xcari kesalahan kita je?? egokah kita?? sometimes we need to stop from searching other's mistake and try to search our own mistake.. ^_^

Faten Rosli said...

zaman skrg ni semakin bahayalah..
kita kena pandai jaga diri elok2..

MIMIE AIZA said...

kalau salah sendiri biasanya x nampak :p

Sca Ndx said...

suweet lah baca paper lat taman. hehe